Utusan Borneo (Sarawak)

Petinju muaythai S’wak meraih satu perak, satu gangsa di Thailand

-

KUCHING: Petinju muaythai Sarawak menyumbang satu perak dan satu gangsa buat negara pada Kejohanan Muaythai Remaja Dunia IFMA 2017 di Bangkok, Thailand dari 3 hingga 11 Ogos lalu.

Pada kejohanan dunia itu, skuad negara berjaya membawa pulang satu emas, dua perak dan tiga gangsa.

Pelajar SMK Pending, Kuching, Prtasarthe­e Punniyamoo­rthy meraih perak dalam acara Wai Kru Kejohanan Muaythai Remaja Dunia.

Manakala pelajar SK St Thomas Kuching, Muhamad Johan Ghazali berpuas hati dengan kutipan gangsa selepas tewas kepada peserta Australia pada pusingan separuh akhir.

Seorang lagi petinju Sarawak, Ayu Adqya Azmi gagal melepasi peringkat kumpulan selepas tewas dengan kiraan mata kepada peserta dari Portugal.

Terdahulu, beliau beraksi cemerlang dengan menundukka­n lawan dari New Zealand pada pusingan awal.

Emas negara disumbang oleh petinju dari Sabah, Daniel Fiedieans Maideh selepas menewaskan petinju Uzbekistan dengan kiraan mata penuh 10-9, 10-9 dan 10-9 dalam pertarunga­n tiga pusingan.

Manakala gangsa dikutip Riedzwan Norsyarmie Daud dan Kallens Barthez Jafili selepas tewas kepada lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir.

PresidenPe­rsatuanMua­ythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim berpuas hati dengan prestasi ketiga-tiga petinju Sarawak pada kejohanan itu meskipun sekadar meraih satu perak dan satu gangsa.

“Terima kasih kepada Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah atas sokongan dan dorongan sehingga membolehka­n petinju kita menyertai kejohanan dunia itu.

“Tidak lupa kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan pihak sekolah terbabit,” katanya di sini kelmarin.

Kejohanan tersebut disertai seramai 1,100 atlet mewakili 79 negara. Tahun ini, Malaysia menghantar seramai 10 petinju bertanding dalam pelbagai kategori.

 ??  ?? CEMERLANG: Jumaat (tiga kiri) bersama tiga petinju Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.
CEMERLANG: Jumaat (tiga kiri) bersama tiga petinju Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia