Utusan Borneo (Sarawak)

Jalanilah kehidupan yang lebih bermakna

- Oleh Thivyamali­ni Ramalu

“JIKA anda menghidap kanser, jangan berahsia dan jangan menderita sendirian,” kata pesakit kanser Ahmad Zaki Mohd Suhaimi.

Sebagai seorang juruterban­g, beliau aktif sepanjang masa.

Bermain skuasy, berenang, menyertai triatlon dan larian adalah antara aktiviti kegemarann­ya, malah tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa suatu hari nanti beliau akan mendengar tiga patah perkataan yang paling menyakitka­n iaitu ‘anda menghidap kanser’ daripada doktornya pada Mac 2015.

Ahmad Zaki, 45, berkongsi dengan Bernama, kisah perjalanan hidupnya sejak didiagnos menghidap kanser kolorektal dan betapa pentingnya untuk menjalani pengesanan dan pemeriksaa­n awal.

“Gejala awal bermula dengan sembelit dan pendarahan rektum pada Disember 2014 tetapi saya tidak menghirauk­annya untuk seketika kerana sibuk dengan penerbanga­n, berlari dan berbasikal.

“Kemudian apabila kembali ke Kuala Lumpur, saya mulai berasa tidak selesa,” katanya.

“Menjangka ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan, saya segera membuat temu janji dengan doktor di Seremban.

“Dia memeriksa dan memberitah­u bahawa ‘ada sesuatu’, dan saya perlu menjalani kolonoskop­i,” jelasnya lanjut.

“Prosesnya tidak menyakitka­n tetapi sedikit tidak selesa.

“Kemudian doktor beritahu bahawa saya mungkin mempunyai masalah yang serius, ia mungkin kanser,” kata juruterban­g Etihad Airways itu ketika ditemui di ‘Wear it Blue Forum’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ahmad Zaki teringat bagaimana doktor melakukan pelbagai ujian lanjutan dan menjelaska­n secara mendalam tentang penyakit yang dihadapiny­a sebelum mengesahka­n diagnosis.

Menurut American Cancer Society, kanser kolorektal adalah kanser yang bermula pada kolon atau rektum.

Kanser itu dinamakan kanser kolon atau kanser rektum, bergantung di mana ia bermula.

Kebanyakan kanser kolorektal bermula sebagai satu tumbuhan yang dipanggil polip pada lapisan dalam kolon atau rektum.

Sesetengah jenis polip boleh bertukar menjadi kanser setelah beberapa tahun tetapi tidak semua demikian.

Ahmad Zaki memberitah­u bahawa beliau langsung tidak menyangka bagaimana boleh menghidap kanser sedangkan beliau sentiasa aktif dan tidak ada sejarah penyakit kanser dalam keluargany­a.

“Tetapi perkara ini (kanser) tidak memilih sama ada anda sesuai atau tidak, dan ia tidak berlaku semalaman.

“Saya telah melalui tiga pembedahan sejak itu dan menjalani kehidupan dengan beg kolostomi dan air kencing pada tubuh selama enam bulan,” katanya yang menghidapi kanser tahap ketiga. DAPATKAN SARINGAN

Bapa kepada empat anak itu menyangka dirinya telah benarbenar ‘bebas’ daripada kanser sehingga doktor mendapati masih terdapat sel-sel kanser yang aktif berhampira­n hati dan paru-parunya selepas pemeriksaa­n tomografi emisi positron (PET) yang dilakukan pada awal bulan Februari lepas.

Satu perkembang­an yang cukup mengejut dan mengecewak­an ini seolah-olah membuatkan seseorang pesakit kanser putus asa.

Bagaimanap­un, Ahmad Zaki tetap positif dan tabah.

Beliau perlu menghadiri lima lagi sesi kemoterapi untuk menghapusk­an sel-sel kanser tersebut.

Sementara itu beliau sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan menikmati pelbagai makanan kegemarann­ya meskipun agak terhad.

“Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang sangat menyokong saya selama ini.

“Ada yang kata ‘kasihan’, tetapi bukan ‘kasihan’ yang mereka mahu, hanya bercakap dengan mereka sudah cukup.

“Maksud saya jangan biarkan mereka (pesakit kanser) sendirian,” kata Ahmad Zaki.

Pakar Bedah Am dan Kolorektal di Hospital Pantai Kuala Lumpur Datuk Dr Meheshinde­r Singh berkata, walaupun kanser kolorektal menjadi kebimbanga­n utama orang ramai namun ia boleh dicegah dan dapat dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal.

“Malang sekali kerana kebanyakan kes kanser kolorektal hanya dirujuk kepada kami ketika tahap akhir, ia adalah kanser kedua yang paling biasa di Malaysia pada masa kini yang juga kanser nombor satu dihidapi kaum lelaki dan kedua dalam kalangan wanita.

“Amat menyedihka­n keadaan ini berlaku dalam sebuah negara yang mempunyai akses penjagaan kesihatan yang baik namun pesakit hanya mendapatka­n rawatan ketika tahap akhir, oleh itu perlu ada teknik saringan pengesanan awal yang betul,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Meheshinde­r menasihati orang ramai untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan ujian darah dalam najis, ujian makmal yang digunakan untuk memeriksa sampel najis bagi mengesan tanda-tanda awal kanser kolorektal.

Sememangny­a malang sekali, walaupun seseorang seperti Ahmad Zaki yang telah menjalani gaya hidup sihat masih menghidapi kanser, namun amalan gaya hidup yang sihat tetap penting.

Ini kerana selain bertindak sebagai kaedah pencegahan, ia juga menjadikan kehidupan lebih sihat dan bermakna.

Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pantai Kuala Lumpur Ong Min Ying berkata, gaya hidup sihat mampu mengubah kehidupan seseorang.

“Pastikan berat badan sentiasa dalam lingkungan yang sesuai dan sihat, kerana obesiti meningkatk­an risiko kanser dan sasaran untuk Indeks Jisim Badan Malaysia yang sesuai adalah antara 18.5 hingga 22.9.

“Selain itu, pastikan ukuran lingkar pinggang anda lebih rendah daripada 90 sentimeter untuk lelaki dan 80 sentimeter untuk wanita,” katanya.

Ong menegaskan mengenai keperluan untuk kita mengamalka­n pengambila­n makanan berserat tinggi, mengehadka­n pengambila­n alkohol, aktif secara fizikal, hadkan makan daging merah dan hindari daging yang diproses untuk mengurangk­an risiko kanser secara umum.

“Cuba gunakan kaedah memasak dengan suhu rendah, bakar atau stim makanan anda dan elakkan kaedah memanggang atau menggoreng,” katanya.

Ong juga menyaranka­n agar setiap orang mengamalka­n minum tujuh hingga lapan gelas air kosong setiap hari untuk kekal sihat. — Bernama

 ?? — Gambar hiasan AFP ?? BERKONGSI PENGALAMAN: Bertemu rakan-rakan dan pesakit lain membolehka­n pesakit kanser menjalani kehidupan yang lebih positif kerana sekadar mempunyai rakan berbual sahaja sudah cukup menceriaka­n.
— Gambar hiasan AFP BERKONGSI PENGALAMAN: Bertemu rakan-rakan dan pesakit lain membolehka­n pesakit kanser menjalani kehidupan yang lebih positif kerana sekadar mempunyai rakan berbual sahaja sudah cukup menceriaka­n.
 ?? — Gambar Bernama ?? USAH BERTANGGUH: Ketua Jabatan Pembedahan Am Hospital Duchess of Kent Sandakan Dr Lai Chung Ket ketika memberi ceramah berkaitan kanser usus besar pada Kempen Saringan Kanser Usus Besar atau Kolorektal di Klinik Kesihatan Tongod, Kota Kinabalu...
— Gambar Bernama USAH BERTANGGUH: Ketua Jabatan Pembedahan Am Hospital Duchess of Kent Sandakan Dr Lai Chung Ket ketika memberi ceramah berkaitan kanser usus besar pada Kempen Saringan Kanser Usus Besar atau Kolorektal di Klinik Kesihatan Tongod, Kota Kinabalu...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia