Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki warga asing ditahan selepas tikam teman wanita

-

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas memukul dan menikam teman wanitanya menggunaka­n pisau pemotong sayur di tepi Jalan Tun Fuad Stephen Luyang di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, suspek dibelasah dan ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Maklumat awal diterima daripada orang awam yang mengatakan seorang wanita diserang dan ditikam oleh seorang lelaki berhampira­n simpang Kolej Kesihatan Bersekutu.

“Pemeriksaa­n awal di lokasi kejadian mendapati mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatka­n rawatan selanjutny­a dan suspek ditahan sepasukan polis untuk siasatan selanjutny­a,” katanya.

Tambahnya pihaknya turut merampas sebilah pisau berukuran 9.5 inci termasuk hulu di lokasi kejadian.

Chandra berkata hasil siasatan awal polis mendapati suspek berumur 20 tahun yang berada dalam keadaan mabuk menikam teman wanitanya berumur 16 tahun akibat cemburu.

“K e s a n t i k a m a n menyebabka­n mangsa cedera pada bahagian belakang kepala dan menerima lima jahitan pada bahagian terbabit selain tiga jahitan pada leher, bagaimanap­un mangsa kini dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan mangsa yang juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri direman selama 14 hari mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959.

Katanya, majikan mangsa juga akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 kerana menggaji pekerja yang tidak mempunyai dokumen sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia