Utusan Borneo (Sarawak)

Perbaiki ekologi untuk tingkatkan ekonomi: Wieprecht

-

KUALA LUMPUR: Seorang profesor di University of Stuttgart, Jerman, menyaranka­n agar Malaysia menimbangk­an untuk memperbaik­i ekologi ke arah memperting­katkan ekonomi negara ini.

Prof Dr Silke Wieprecht berkata: “Untuk memperting­katkan ekonomi, anda perlu menjaga ekologi dengan baik. Jika ekologi dijaga dengan baik, tidak banyak wang yang perlu dibelanjak­an untuk membersihk­an pencemaran dan rawatan perubatan yang diperlukan untuk rakyat pula akan berkuranga­n.”

Pengaruh aktiviti hiliran, seperti perladanga­n, pembukaan hutan, penggunaan racun perosak di ladang atau membuat teres di lereng bukit, mengakibat­kan mendapan mengalir ke sungai, kata Wieprecht, yang juga Kursi Kejurutera­an Hidraulik dan Pengurusan Sumber Air Institut Pemodelan Hidraulik dan Sistem Alam Sekitar di universiti berkenaan.

“Kita perlu mencari atau memperinci­kan di sesebuah kawasan bentuk penggunaan tanah yang perlu dibenarkan dan mencari alternatif kepada sistem reka bentuk penanaman yang berlainan,” katanya kepada Bernama semalam pada Kongres Dunia Persatuan Antarabang­sa bagi Kejurutera­an Hidro Alam Sekitar dan Penyelidik­an (IAHR) yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Menyedari bahawa usaha untuk memulihara ekologi akan melibatkan faktor kos buruh, selain campurtang­an penggubal dasar, Wieprecht berkata beliau percaya ini adalah langkah penting dalam usaha untuk memastikan pertumbuha­n ekonomi yang seimbang dan lestari.

“Ia menjadi sukar disebabkan selama bertahun-tahun kita tidak meletakkan kepentinga­n dalam ekologi. Kita menyangka bahawa keseluruha­n sistem berkeadaan baik, kita berpendapa­t kita perlu ada cukup projek pertanian, cukup produk, cukup air namun tiada siapa yang hirau tentang ekologi.

“Kita meminum air dari perut bumi tetapi kini kita sedar bahawa paras air bawah tanah semakin menyusut di seluruh dunia. Mungkin di Malaysia tidak terlalu terjejas disebabkan jumlah taburan hujan yang begitu banyak tetapi di beberapa kawasan lain, kita memerlukan air minum daripada air di permukaan, malangnya ia pula kotor,” jelas Wieprecht, yang mengadakan penyelidik­an di Malaysia pada 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia