Utusan Borneo (Sarawak)

Silentmode peroleh pembiayaan RM2.5j untuk tingkat pertumbuha­n sistem mudah alih POS

-

KUALA LUMPUR: Silentmode Sdn Bhd, pembangun sistem terminal jualan berasaskan awan (POS) Slurp!, pakar dalam industri makanan dan minuman (F&B), memperoleh pusingan pembiayaan Siri A berjumlah RM2.5 juta.

Dalam satu kenyataan semalam, Silentmode berkata, dana itu diperoleh daripada Dana Inovasi Digital Axiata (ADIF) dan akan diuruskan oleh firma modal teroka tempatan, Intres Capital Partners Sdn Bhd.

“Slurp! merancang meng- gunakan pembiayaan itu untuk meningkatk­an jualan dan pemasaran produk, mengembang­kan pasukan sedia ada serta meneroka pasaran serantau untuk potensi pengembang­an pada 2018,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Silentmode yang juga pengasas bersama Slurp!, Reza Razali, berkata selari perkembang­an syarikat itu, ia perlu memiliki sistem sokongan yang padu.

Syarikat itu juga yakin ke atas keupayaan ADIF dan Intres Capital, katanya.

Reza berkata sebagai seba- hagian daripada rancangan pertumbuha­nnya, Slurp! melantik bekas Ketua GrabCar, Malaysia, Shi-Ying Lau, sebagai Pengarah Strategi dan Perkongsia­n.

Beliau akan membawa pengalaman global lebih lapan tahun dalam perundinga­n dan teknologi kepada Slurp!, katanya.

“Bersandark­an rekod baik beliau dalam membangunk­an GrabCar, Malaysia, sejak awal lagi sehingga menjadi perniagaan yang sangat besar, beliau akan memimpin pengembang­an tempatan dan serantau selain perkongsia­n untuk Slurp! melonjak ke tahap seterusnya,” katanya.

Reza berkata selain Malaysia, Slurp! sudah wujud di Singapura menerusi perkongsia­n strategik, dan kini mengintai pengembang­an yang lebih besar di Asia Tenggara pada masa akan datang.

“Slurp! mahu sekurangku­rangnya menggandak­an cawangan F&Bnya daripada 500 cawangan semasa, menjelang akhir tahun,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia