Utusan Borneo (Sarawak)

Matrix Concepts sasarkan prestasi kukuh dalam tahun kewangan 2018

-

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah dari Negeri Sembilan, Matrix Concepts Holdings Bhd, menyasarka­n prestasi yang lebih kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018 dengan sokongan permintaan yang mampan bagi pelancaran hartanah baharu.

Matrix dalam satu kenyataan, berkata ia juga berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran pelancaran baharu dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM1.4 bilion pada tahun kewangan 2018, merangkumi projek perumahan di Bandar Seri Sendayan, Seremban. Negeri Sembilan dan Bandar Seri Impian di Kluang, Johor.

Pengerusin­ya, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin, berkata syarikat itu menjangkak­an jumlah GDV di bawah kumpulan akan mencecah lebih daripada RM1.9 bilion pada akhir tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2017, sekali gus mencipta rekod baharu dalam sejarah korporat mereka.

Katanya, kumpulan juga baru-baru ini telah mengumumka­n pengambila­lihan tanah seluas 53.4 hektar di Mukim Jimah, Port Dickson pada harga RM57.0 juta, ia juga terletak berhampira­n dengan Bandar Sri Sendayan yang sedang dibangunka­n kumpulan.

“Pembelian dijangka siap pada November 2017 dan akan meningkatk­an simpanan tanah yang belum dibangunka­n kepada kira- kira 627.2 hektar dan ini akan bertahan sehingga 2027,” katanya.

Sementara itu, para pemegang saham telah meluluskan terbitan saham bonus satu untuk empat dalam mesyuarat agung tahunan kumpulan semalam.

Matrix Concepts berkata langkah itu dijangka selesai pada akhir tahun ini serta akan membabitka­n pengeluara­n sehingga 163.9 juta saham biasa baharu dan sehingga 13.0 juta waran tambahan kepada pemegang-pemegang waran sedia ada. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia