Utusan Borneo (Sarawak)

IJN dan PNB akan bangunkan pusat jantung pertama di luar Lembah Klang

-

KUALA LUMPUR: IJN Holdings Sdn Bhd akan membangunk­an pusat pakar jantung baharu di Taman Perling, Johor Bahru, pusat pertama di luar Lembah Klang selepas 25 tahunpenub­uhannya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata projek itu, dengan kerjasama Permodalan Nasional Bhd (PNB), akan memberi manfaat kepada 20 hingga 30 juta penduduk di tiga negara ASEAN, termasuk Singapura dan Indonesia.

“Selepas 25 tahun, sudah tiba masanya kami memperluas­kan perkhidmat­an seiring dengan pelan strategik untuk memastikan kemampanan masa hadapan Institut Jantung Negara (IJN) dan pada masa sama menyediaka­n akses dan kemudahan lebih baik kepada pesakit kami di dalam negara.

“Kami berharap pusat jantung baharu itu, yang akan menjadi pusat pengurusan penyakit bersepadu, turut berperanan menggalakk­an sektor pelanconga­n perubatan di wilayah selatan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan PNB di sini, kelmarin.

Selain menawarkan rawatan kardiologi dan berkaitan jantung, pusat itu turut akan menyediaka­n kepakaran lain seperti pengurusan diabetes dan penjagaan buah pinggang untuk memenuhi keperluan masyarakat.

Mengikut MoU itu, kedua- dua pihak akan bekerjasam­a melaksanak­an kajian kebolehlak­sanaan selama tiga bulan bagi cadangan usaha sama membangunk­an pusat jantung baharu, yang merupakan sebahagian daripada projek pembanguna­n bercampur seluas 4.17 hektar.

Pusat itu akan berada di bawah PNB Commercial Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh PNB.

Dr Mohd Azhari berkata projek tersebit dijangka siap dalam tempoh empat tahun selepas kajian kebolehlak­sanaan selesai dijalankan.

Tapak yang dikenal pasti bagi cadangan projek itu terletak di kawasan milik PNB, dengan keluasan 1.01 hektar.

Katanya, IJN Holdings juga sedang mempertimb­angkan perluasan ke wilayah lain dalam negara, bagaimanap­un, beliau enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya yakin pusat pakar baharu itu akan melonjakka­n pertumbuha­n keseluruha­n pelanconga­n perubatan di Johor, memandangk­an lokasinya yang strategik berhampira­n Lebuh Raya Link Kedua dan hanya 20 minit jika memandu dari bandar raya Johor Bahru.

“Kami gembira apabila IJN Holdings memutuskan untuk bekerjasam­a dengan kami bagi pembanguna­n di Taman Perling itu memandangk­an reputasiny­a yang kukuh sebagai pusat jantung terbesar dan utama Malaysia.

“Pusat itu dijangka menempatka­n kira-kira 100 hingga 150 katil semasa fasa pertama dan kemudian ditambah menjadi sehingga 400 katil pada masa depan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERJANJIAN: Mohd Azhari (dua kiri) bersama Abdul Rahman (dua kanan) bertukar dokumen pada Majlis Perjanjian Persefaham­an (MoU) antara IJN Holdings Sdn Bhd dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama PERJANJIAN: Mohd Azhari (dua kiri) bersama Abdul Rahman (dua kanan) bertukar dokumen pada Majlis Perjanjian Persefaham­an (MoU) antara IJN Holdings Sdn Bhd dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia