Utusan Borneo (Sarawak)

Kecairan bank perdaganga­n dalam julat boleh diterima

-

KUALA LUMPUR: Kedudukan pembiayaan dan kecairan bank perdaganga­n di Malaysia berada pada paras yang boleh diterima, menurut Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM).

Persatuan itu, yang mempunyai 27 ahli terdiri daripada bank-bank perdaganga­n yang beroperasi di Malaysia berkata, nisbah pinjaman kepada deposit (LDR) tidak menggambar­kan dengan tepat kedudukan pembiayaan dan kecairan bank.

Sebaliknya, petunjuk risiko kecairan seperti nisbah liputan kecairan (LCR), nisbah pinjaman kepada dana (LTF) serta nisbah pinjaman kepada dana dan ekuiti ( LTFE) adalah ukuran kecairan yang lebih baik berikutan ia mencer- minkan pembiayaan besarbesar­an oleh bank, katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

“Penting untuk diambil perhatian bahawa laporan yang mengeliruk­an mengenai kedudukan aset dan liabiliti boleh memberi gambaran yang salah mengenai kedudukan kecairan dalam pasaran dan menyebabka­n kebimbanga­n dalam kalangan komuniti perniagaan dan orang ramai,” kata AMB.

ABM berkata demikian dengan merujuk kepada laporan media baru- baru ini mengenai LDR bank-bank di Malaysia, yang dikatakan membimbang­kan.

Persatuan itu berkata peningkata­n LDR dalam sektor perbankan dipacu oleh jang- kaan pertumbuha­n deposit yang sederhana sejak 2011 tetapi masih stabil, berlegar antara 86.7 peratus dan 89.3 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu.

“Bagaimanap­un, dinyatakan LDR merupakan langkah mudah yang tidak mengambil kira peningkata­n kecanggiha­n oleh bank-bank di Malaysia untuk mempelbaga­ikan sumber pembiayaan mereka selain deposit dan pasaran antara bank untuk memasukkan bon dan ekuiti serta instrumen kewangan lain yang tersedia untuk mereka,” kata ABM.

Selain itu, had yang wujud dalam penggunaan LDR dalam persekitar­an hari ini merangkumi andaian bahawa deposit adalah stabil, dan pinjaman tidak cair yang membentuk sebahagian besar daripada aset bank.

“Penggunaan LDR sebagai ukuran kecairan bank menjadi kurang relevan susulan perkembang­an dalam sistem kewangan sejak 10 tahun lalu atau lebih,” kata ABM.

Katanya sejak pertengaha­n 2000-an, percambaha­n produk pelaburan alternatif yang disediakan kepada pengguna biasa, selain simpanan yang lebih rendah dan aktivisme pengguna yang lebih tinggi, mengurangk­an kestabilan relatif deposit pelanggan.

“Ini membawa peralihan kepada asas pembiayaan yang lebih luas oleh bank. Walaupun deposit kekal sebagai sumber utama pembiayaan bagi bank-bank di Malaysia, sektor perbankan terus men- gumpul dana jangka sederhana untuk menguruska­n ketidakpad­anan mata wang dan kematangan dengan lebih baik,” katanya.

Bagi menangani had LDR, pengawal selia memperkena­lkan penggunaan petunjuk risiko kecairan yang lain seperti LCR, LTF dan LTFE pada 2015.

“LTF dan LTFE, boleh didapati dalam Buletin Statistik Bulanan Bank Negara Malaysia, pengukuran kecairan yang lebih baik berikutan ia mencermink­an pembiayaan besar-besaran oleh bank.

“LTF termasuk terbitan sekuriti hutang dalam ‘denominato­r’ dan memberi penilaian yang lebih komprehens­if mengenai struktur pembiayaan bank. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia