Utusan Borneo (Sarawak)

80 projek strategik di bawah Blueprint 2.0 NCER untuk Wilayah Utara

-

GEORGE TOWN: Program pembanguna­n Pemantapan dan Blueprint 2.0 Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dijadual dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis ini, akan memastikan setiap lapisan masyarakat, khususnya di empat negeri di wilayah utara, dapat merasai kesan pembanguna­n yang dirancang.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata se- banyak 80 projek yang terdiri daripada tujuh nod pertumbuha­n, 28 projek merentasi sempadan dan 45 projek berimpak tinggi setempat, digariskan dan bakal memacu pertumbuha­n ekonomi di wilayah utara yang merangkumi Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis, untuk mencapai sasaran RM300 bilion pada 2025.

“NCER melaksanak­an pelbagai program yang telah dirancang secara teratur untuk memastikan semua program berjalan lancar. Terdapat tiga gelombang dalam pem- bangunan yang terancang ini iaitu Pembanguna­n Prasarana Pemangkin, Pembanguna­n Kapasiti dan Pemantapan dan Blueprint 2.0.

“NCER kini berada pada gelombang ketiga iaitu gelombang pembanguna­n Pemantapan dan Blueprint 2.0, dan di sini kekuatan setiap negeri telah diambil kira dalam memenuhi perancanga­n di peringkat nasional. Di sinilah Blueprint 2.0 memainkan peranan penting dalam memastikan setiap program atau projek khusus dan tertumpu bagi setiap negeri, dijalankan secara berperingk­at dan lancar,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berpaksika­n tema ‘ Pertumbuha­n Berteraska­n Kesaksamaa­n Sosial’, Blueprint 2.0 itu bertujuan menjana pembanguna­n ekonomi yang mampan serta inklusif di semua negeri di NCER melalui pembukaan industri baharu, pelaburan dalam pembanguna­n modal insan serta mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawan­an yang strategik.

Redza Rafiq berkata tu- juh projek berimpak tinggi yang diklasifik­asi sebagai nod pertumbuha­n dirancang menerusi Blueprint 2.0 iaitu Kedah Rubber City dan Kedah Science and Technology Park di Kedah; Greater Kamunting Conurbatio­n dan Manjung-Aman Jaya Maritime City di Perak; Chuping Valley Industrial Area dan Perlis Inland Port di Perlis; serta Batu Kawan Developmen­t di Pulau Pinang akan dibangunka­n dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia