Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga wanita serang kem IDP Nigeria

Pengebom letupkan diri di pintu masuk, puluhan mati, hampir 100 cedera

-

KANO: Tiga pengebom nekad wanita meletupkan diri di pintu masuk sebuah kem pelarian di timur laut Nigeria kelmarin, membunuh 28 orang dan mencederak­an 82 lagi, kata sumber tempatan.

Serangan tersebut berlaku di bandar Mandarari, 25 kilometer dari Maiduguri, ibu kota negeri Borno, kata Baba Kura, seorang anggota pasukan pengawal sukarela yang ditubuhkan untuk menentang puak pelampau.

“Tiga pengebom wanita meledakkan bahan letupan di luar kem IDP (pelarian domestik), membunuh 28 orang dan mencederak­an 82 lagi,” kata Kura.

Penyerang pertama meletupkan diri, yang mencetuska­n huru- hara, kata Kura.

“Orang cuba menutup kedai mereka ketika dua pengebom wanita lain meletuskan bahan letupan mereka, menyebabka­n kebanyakan kematian,” katanya.

Ketua pasukan militia antipelamp­au tempatan, Ibrahim Liman, mengesahka­n maklumat mengenai serangan itu, dan berkata lebih 80 mangsa cedera telah dibawa ke hospital Maiduguri.

Sumber di hospital itu berkata “jumlah besar” pesakit telah tiba.

Timur laut Nigeria merupakan tempat utama di mana kumpulan pelampau Boko Haram bergerak aktif, termasuk melakukan serangan tembakan, pengeboman dan penculikan.

Pemberonta­kan sejak 2009 yang sudah mengorbank­an kira-kira 20,000 orang dan menyebabka­n kira-kira 2.6 juta lagi hidup dalam pelarian, sekali gus mewujudkan salah satu krisis kemanusiaa­n terbesar di dunia.

Hampir dua juta mengalami kekurangan zat makanan yang akut, menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selepas dipilih memegang kuasa pada 2015, Presiden Nigeria Muhammadu Buhari menjadikan usaha menangani pemberonta­kan itu sebagai satu keutamaan, dengan merampas semula beberapa kawasan wilayah dan mengumumka­n Boko Haram tewas dari segi teknikal.

Namun tahun ini telah menyaksika­n lonjakan serangan, termasuk satu serangan berani ke atas sebuah pasukan penerokaan minyak yang membunuh 69 orang di Borno pada Julai lalu, sekali gus memburukka­n lagi kebimbanga­n bahawa Boko Haram sudah mengembali­kan semula kekuatan.

Serangan itu mendorong Naib Presiden Yemi Osinbajo — yang menggantik­an sementara tempat Presiden Muhammadu Buhari yang sedang cuti sakit tanpa had masa — untuk mengarahka­n angkatan tentera untuk memperting­katkan tindak balas.

Osinbajo mengeluark­an “arahan baharu untuk segera memperting­katkan usaha dan aktiviti mereka di negeri Borno, untuk memelihara kawalan yang kuat dan berkesan ke atas situasi”, kata jurucakapn­ya Laolu Akandehe.

Bagaimanap­un pada Ogos, 72 orang sudah terkorban di timur laut Nigeria, termasuk 31 nelayan di pulau-pulau Tasik Chad, menurut satu kiraan tidak rasmi yang dikumpul daripada laporan berita. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Mangsa yang cedera dalam serangan nekad tersebut bergelimpa­ngan di atas lantai menunggu rawatan perubatan setelah tiada lagi katil kosong di sebuah hospital di Maiduguri, kelmarin.
— Gambar AFP MALANG: Mangsa yang cedera dalam serangan nekad tersebut bergelimpa­ngan di atas lantai menunggu rawatan perubatan setelah tiada lagi katil kosong di sebuah hospital di Maiduguri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia