Utusan Borneo (Sarawak)

Kekacauan Charlottes­ville, Trump salahkan semua pihak

-

WASHINGTON: Pelaku binasa merosakkan Tugu Peringatan Lincoln di Washington dengan satu pesanan lucah yang diconteng dengan cat semburan merah, kata Jabatan Taman Negara kelmarin.

Contengan pada salah satu tiang besar di monumen berkenaan yang diabadikan kepada presiden yang mati dibunuh, Abraham Lincoln, yang mengetuai usaha untuk memansuhka­n perhambaan di Amerika Syarikat (AS), disedari pada awal pagi kelmarin.

Mesej itu sukar untuk difahami daripada gambar yang diberikan oleh jabatan taman, tetapi agensi kerajaan berkata ia dipercayai mengutuk undang-undang.

Tulisan lain yang tidak dapat dibaca dalam cat semburanpe­raktelahdi­jumpai pada sebuah peta muzium Smithsonia­n di Constituti­on Avenue, yang menelusuri National Mall.

Kru menggunaka­n penanggal cat ala gel yang istimewa dan ringan untuk membersihk­an tugu kepada presiden AS ke- 16, yang tersergam tinggi di atas satu hujung National Mall di ibu negara AS, kata jabatan.

B e b e r a p a r a w a t a n diperlukan untuk menanggalk­an semua grafiti tersebut dan dikhuatiri menjejaska­n permukaan marmar yang telah diconteng.

Polis Taman AS sedang menyiasat insiden itu, yang bukan pertama seumpamany­a pada tahun ini di monumen yang banyak di Washington.

Februari lalu, tugu-tugu peringatan Lincoln dan Perang Dunia Kedua, selain Monumen Washington yang tersergam tinggi, dirosakkan dengan mesej pelik termasuk ungkapan ‘Jackie tembak JFK (Presiden John F. Kennedy)’, menurut laporan media tempatan. — AFP NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencetuska­n satu lagi krisis politik kelmarin apabila beliau mengetepik­an reaksi awalnya kepada perhimpuna­n aktivis ketuanan orang putih yang ganas di Charlottes­ville yang berakhir dengan pertumpaha­n darah, dengan menyatakan “kesalahan dilakukan oleh kedua- dua pihak”.

Presiden Republikan itu, yang sehari lalu dengan serius mengecam perkauman dan menyebut secara khusus kumpulan Ku Klux Klan dan golongan neo-Nazi sebagai “penjenayah dan samseng”, turut menyelar apa yang beliau panggil ‘haluan kiri alternatif’ berhubung rusuhan pada hujung minggu lepas.

Trump berdepan dengan kritikan selama berhari-hari dari seluruh lapisan politik berhubung reaksi beliau kepada rusuhan pada Sabtu lepas di bandar kolej Virginia, di mana perhimpuna­n oleh golongan neo- Nazi dan aktivis ketuanan orang putih berhubung pengalihan sebuah patung Konfederat meletus dalam pertelingk­ahan dengan penunjuk perasaan balas.

Pertelingk­ahan yang ganas itu berakhir dengan pertumpaha­n darah apabila seorang pemuda berusia 20 tahun yang disyaki penyokongN­azi, JamesField­s, merempuh penunjuk perasaan anti- perkauman dengan keretanya, menyebabka­n kematian seorang wanita dan mencederak­an 19 lagi.

Dalam satu pertikaman lidah yang hiruk- pikuk dengan wartawan di Menara Trump di New York, Trump menjelaska­n kelmarin bahawa beliau bosan dengan pertanyaan yang berterusan mengenai isu itu.

“Saya rasa kesalahan dilakukan oleh kedua- dua pihak,” kata Trump.

Ketika beliau bercakap, Ketua Kakitangan Rumah Putih yang baharu, John Kelly, seorang bekas jeneral Marin, nampak tidak gembira sewaktupre­sidenmembe­rikan kecaman yang panjang lebar, dan berdiri dengan kaku.

“Kita ada satu kumpulan di satu pihak yang buruk, dan kita ada satu kumpulan di pihak lain yang juga sangat ganas. Dan tidak ada orang yang mahu menyebutny­a, tetapi saya akan menyatakan­nya sekarang,” ujar Trump.

“Bagaimana pula dengan golongan haluan kiri alternatif yang meluru ke arah, seperti yang anda sebut, golongan haluan kanan alternatif? Adakah mereka ada sebarang rasa bersalah? Sesuatu cerita itu ada dua sisi.”

“Bagaimana pula dengan hakikat bahawa mereka meluru dengan belantan dalam tangan mereka, menghayun belantan? Adakah mereka ada sebarang masalah? Saya rasa mereka ada masalah. Bagi saya, ia adalah hari yang dahsyat, dahsyat,” kata Trump.

Selepas sidang akhbar yang tegang itu, ketua kesatuan buruh utama di Amerika Syarikat, AF-CIO, menyertai beberapa eksekutif berkuasa tinggi untuk menarik diri dari panel penasihat perkilanga­n Trump.

Di luar Menara Trump di mana presiden itu berucap, ratusan orang menunjuk perasaan untuk mengecam perkauman.

Mereka dikeliling­i anggota polis untuk mencegah pertelingk­ahan dengan sekumpulan penyokong Trump tidak jauh dari sana.

Ditanya sama ada beliau mungkin akan melawat Charlottes­ville atau tidak, Trump, yang dikritik oleh segelintir pihak kerana tidak menelefon mangsa keganasan itu, berkata beliau memiliki salah sebuah kilang pembuatan wain terbesar di AS di kawasan itu.

Presiden telah membeli kilang pembuatan wain itu pada 2011 dan sudah memberikan­nya kepada asalah seorang anaknya, Eric Trump. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KERAS: Trump mengadakan sidang akhbar di lobi Menara Trump di Kota New York kelmarin.
— Gambar AFP KERAS: Trump mengadakan sidang akhbar di lobi Menara Trump di Kota New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia