Utusan Borneo (Sarawak)

Gangguan bekalan elektrik jejas tujuh juta di Taiwan

-

TAIPEI: Taiwan mengalami bekalan tenaga elektrik yang terputus secara besar-besaran pada petang kelmarin dan mengganggu perniagaan dan rumah kediaman, menjejaska­n hampir tujuh juta seisi rumah di pulau perindustr­ian berat itu di tengah-tengah keadaan cuaca yang begitu panas.

Gangguan itu menyebabka­n jutaan penduduk, pejabat dan kilang terjejas di pulau yang mempunyai hampir 24 juta penduduk itu, tetapi dipercayai memberi impak terhad kepada perniagaan, termasuk beberapa syarikat perkilanga­n teknologi terkemuka di dunia.

Taiwan Semiconduc­tor Manufactur­ing ( TSMC), pembuat cip kontrak terbesar di dunia dan pembekal penting kepada Apple Inc, berkata operasinya tidak terjejas, sama seperti syarikat pembuatan elektronik Pegatron.

Tenaga elektrik pulih sepenuhnya di seluruh pulau itu semalam, kata media tempatan.

Penduduk merungut apabila suhu mencecah sekitar 32 darjah Celsius, manakala bekalan elektrik yang terputus mencetuska­n huru-hara apabila restoran dan perniagaan kecil tidak ada tenaga, lampu trafik tidak berfungsi dan lif tergendala.

Bekalan tenaga terputus disebabkan oleh kesilapan teknikal manusia di syarikat pembekal gas milik kerajaan CPC yang menjejaska­n operasi loji tenaga Taiwan Power milik kerajaan di barat laut Taoyuan, kata keduadua syarikat itu pada sidang akhbar petang kelmarin.

Bekalan terputus di loji Taoyuan milik Taiwan Power menyebabka­n enam jana kuasa berhenti berfungsi, yang menyebabka­n kejadian bekalan elektrik terputus secara besar- besaran di seluruh Taiwan, kata syarikat itu.

Presiden Tsai Ingwen memohon maaf dan menyifatka­n bekalan elektrik sebagai isu keselamata­n negara.

Menteri Hal- ehwal Ekonomi Taiwan, ChihKung Lee, menawar meletak jawatan manakala CPC pula mengaku bertanggun­gjawab dan sedang menyiasat puncanya.

Kejadian itu insiden terburuk Taiwan sejak gempa bumi Jiji pada 1999, kata Taiwan Power. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia