Utusan Borneo (Sarawak)

MUSNAH SEGALANYA

Lebih 100 penghuni kaum Kenyah dan Sebob terjejas rumah panjang Long Aton terbakar.

- Oleh W. Bolly Ongie

MARUDI: Ketiadaan alat pemadam api untuk memadam kebakaran di peringkat awal menjadi salah satu faktor menyukarka­n penduduk mengawal api yang marak dan meranapkan seluruh rumah panjang mereka di Long Aton, malam kelmarin.

Ketua Kaum Michael Kebing Avit berkata, penduduk kampung bertungkus-lumus melakukan yang terbaik untuk memadam kebakaran, namun tidak terdaya kerana api merebak dengan amat pantas.

“Rumah panjang kami yang diperbuat daripada kayu keseluruha­nnya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk terbakar semuanya dan ranap,” ujarnya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Michael berkata, cuaca kering juga menjadi faktor api merebak dengan pantas dalam kebakaran sekitar jam 9.50 malam itu.

“Selain itu, kami tidak ada alat pemadam api untuk membantu membantera­s kebakaran dari awal,” katanya.

Kebakaran rumah panjang 28 pintu berusia 38 tahun di Sungai Tinjar, Baram itu menyebabka­n lebih 100 penghuniny­a yang terdiri daripada kaum Kenyah dan Sebob tinggal sehelai sepinggang.

Ketua Masyarakat­nya, Penghulu Joseph Belulok Dian berkata, ketika kejadian semua penduduk berada di bilik masing-masing, namun sebahagian bilik tidak berpenghun­i kerana pemiliknya tinggal dan bekerja di Miri dan bandar-bandar lain.

Katanya, penduduk turut berusaha menghubung­i Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi dengan menggunaka­n kemudahan telefon di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Aton yang terletak bersebelah­an.

“Kesukaran komunikasi di kawasan pedalaman ini menyebabka­n kami hanya dapat membuat panggilan ke balai bomba pada jam 11.50 malam untuk memaklumka­n mengenai kebakaran yang berlaku,” jelasnya.

Namun demikian, katanya, penduduk menerima hakikat bukan mudah untuk pihak bomba tiba di kampung berkenaan yang terletak enam jam perjalanan menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda dari (Balai Bomba dan Penyelamat) Marudi melalui jalan balak dan menaiki feri.

Rumah panjang tersebut terletak dalam konstituen­si Telang Usan, Parlimen Baram.

 ??  ?? MARAK: Keadaan api yang marak membakar keseluruha­n rumah panjang Long Aton yang didiami lebih 100 penduduk.
MARAK: Keadaan api yang marak membakar keseluruha­n rumah panjang Long Aton yang didiami lebih 100 penduduk.
 ??  ?? RANAP: Api yang membakar rumah panjang tersebut turut meranapkan semua harta-benda milik penghuniny­a. TINGGAL KENANGAN: Keadaan rumah panjang 28 pintu itu sebelum kebakaran.
RANAP: Api yang membakar rumah panjang tersebut turut meranapkan semua harta-benda milik penghuniny­a. TINGGAL KENANGAN: Keadaan rumah panjang 28 pintu itu sebelum kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia