Utusan Borneo (Sarawak)

LIMA POLIS DIDAKWA LAKUKAN PERAS UGUT

-

KUCHING: Seorang inspektor antara lima anggota polis yang dituduh melakukan pemerasan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Inspektor Joslin Savantil, 53, dari Jabatan Pentadbira­n Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri, Koperal Muhamad Mustaqim Che Ismail 31, bertugas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching didakwa memeras ugut untuk mendapatka­n wang daripada pemilik kedai runcit di Matang.

Mereka dituduh memeras RM2,000 daripada pengadu yang didakwa menjual rokok haram kira-kira jam 8.30 malam pada 3 Ogos 2017.

Di bilik mahkamah lain, Joslin bersama tertuduh lain Lans Koperal Mohd Aslan Rasgan, 32, Lans Koperal Mohd Noor Faiz Khaliddi, 25, yang bertugas di Bilik Gerakan polis dan Unit D4 IPD Kuching masing-masing atas dakwaan melakukan kesalahan sama di sebuah kedai serbaneka di Batu Lintang di sini sekitar jam 12.30 malam, 31 Julai 2017.

Mereka didakwa meminta RM1,500 daripada pengadu yang dikatakan menjual rokok haram.

Mustaqim yang didakwa bersama Detektif Koperal Hamizam Hamdi Chia, 32, didakwa memeras ugut untuk mendapatka­n wang daripada seorang lelaki yang dituduh menganjurk­an judi holo dan menjual nombor loteri haram pada 8 Ogos 2017 jam 6.30 petang di Kampung Temaga Dayak, Sematan.

Mereka didakwa meminta RM500 daripada pengadu.

Kesemua tertuduh dihadapkan di hadapan tiga hakim iaitu Afidah Abdul Rahman, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad dan Timothy Finlayson Joel.

Mereka juga dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin. Selain itu, mereka juga diarah melapor diri di balai polis berdekatan.

Dua daripada tertuduh juga diarah agar tidak berkomunik­asi dengan pengadu dengan apa cara sekali pun dan ditegah memasuki mana-mana premis tempattemp­at bukti disimpan.

DPP Nor Azahari Yusof, DPP Haresh Prakash dan DPP Ahmad Fariz Abdul Hamid bertindak selaku pendakwa raya.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Shankar Ram Asnani dan Daniel Ling, kecuali Faiz, diwakili peguam Hani Iryani Boni.

 ??  ?? AKAN DIBICARA: Beberapa tertuduh tiba di lokap sementara di kompleks mahkamah untuk dihadapkan di Mahkamah Sesyen.
AKAN DIBICARA: Beberapa tertuduh tiba di lokap sementara di kompleks mahkamah untuk dihadapkan di Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia