Utusan Borneo (Sarawak)

EKONOMI DIGITAL DI DEPAN MATA, WARGA LUAR BANDAR TIDAK TERLEPAS

- Bersambung

BAGI Sarawak, selain bergantung kepada ekonomi daripada hasil sumber asli, peralihan kepada ekonomi digital adalah melihat kepada perkembang­an ekonomi global yang banyak bergantung kepada kemajuan teknologi.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA) Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang merupakan Ketua Menteri Sarawak keenam telah memperkena­lkan ekonomi digital sebagai tunjang kepada sumber pendapatan baharu negeri.

“Saya melihat keputusan Abg Johari untuk membelanja­kan dana berbilion ring- git bagi meningkatk­an kelajuan Internet adalah satu keputusan yang strategik. Ketika ini kita tahu bahawa kelajuan dan liputan Internet di kawasan luar bandar tidak memuaskan dan terhad. Ini mengakibat­kan penduduk luar bandar tidak mendapat perkhidmat­an Internet yang memuaskan serta agak ketinggala­n berbanding penduduk bandar.

Melalui ekonomi digital, potensi ekonomi luar bandar dapat ditingkatk­an melalui perkhidmat­an Internet berkelajua­n tinggi.

Rakyat dapat melakukan traksaksi urusan perniagaan secara atas talian seperti mempromosi­kan produk kampung dan produk pelanconga­n.

Selain itu, mereka juga dapat menikmati hiburan dan aplikasi telefon pintar yang pada masa kini hanya dapat dinikmati penduduk bandar dan sebahagian penduduk di pekan-pekan luar bandar.

Lukanisman menambah, pada masa kini kerajaan pusat telah menyediaka­n perkhidmat­an Pusat Internet 1Malaysia bagi menggantik­an perkhidmat­an kampung WiFi.

Bagaimanap­un, perkhidmat­an ini terhad di beberapa lokaliti dalam Parlimen Sibuti.

Kerajaan turut memberi sekitar 2,000 komputer riba 1Malaysia sejak 2011 tetapi akibat tiada liputan Internet di kebanyakan rumah panjang dan kampung, potensi penggunaan teknologi ini adalah sangat terhad.

Digital ekonomi adalah berkisar kepada sejauh mana kemampuan rakyat Sarawak bandar atau luar bandar menggunaka­n sepenuh potensi Internet bagi meningkatk­an produktivi­ti untuk menjana ekonomi.

Potensi besar bagi anakanak muda dalam ekonomi digital adalah bakat-bakat bagi membina aplikasi mobil atau menceburka­n diri dalam bidang administra­tif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

“Saya turut mencadangk­an kepada Menteri yang bertanggun­gjawab dalam hal ehwal pendidikan negeri untuk melihat modul pembelajar­an bagi pengaturca­raan atau ‘coding’ komputer bagi membina software (perisian) dan aplikasi yang merupakan platform mewujudkan peluang pendapatan dan jutawan Internet,” ujarnya. Beliau juga menyeru agar ramai golongan belia memberi perhatian kepada dasar ekonomi digital kerana po- tensi yang sangat luar biasa untuk diterokai dan peluang terbuka kepada penduduk luar bandar.

Diharap dengan pelaburan kerajaan negeri membina `backbone’ (tulang belakang) Internet berkelajua­n tinggi khusus untuk Sarawak serta mengambil berat faktor harga, perkhidmat­an Internet kelak adalah pada kadar yang mampu milik dan murah.

Ketengah produk unik

“Kita benar-benar

menyokong usaha ekonomi digital kerajaan negeri dengan harapan semua prasarana akan menjadi kenyataan dalam masa tiga tahun,” demikian jelas Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang

Dengan adanya prasarana dijanjikan kerajaan negeri, beliau yakin usaha dan matlamat kerajaan negeri mahu seluruh Sarawak termasuk kawasan luar bandar memiliki jaringan dan kelajuan Internet yang kuat dan meluas akan tercapai.

Untuk kawasan Sibuti, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membantu memberi penerangan tentang manfaat Internet kepada penduduk termasuk memberi tunjuk ajar cara menggunaka­n Internet.

Ahmad Lai memberitah­u, SKMM telah menubuhkan beberapa Pusat Internet di Sibuti sebagai pusat ilmu dan maklumat kepada masyarakat khasnya generasi muda untuk mendapatka­n maklumat terkini termasuk ilmu.

Dibuka dua tahun lalu, Pusat Internet terdapat di Lambir, Kuala Sibuti dan Kampung Sepupok Niah. Jumlah pusat akan ditambah termasuk di rumahrumah panjang di sekitar Sibuti.

“Dengan adanya pusat ini, penduduk kita dapat belajar cara mengguna Internet, pencarian ‘link-link’ yang boleh memperdaga­ngkan produk di tempat mereka seperti makanan, buah-buahan, ikan dan sebagainya diperkenal­kan di Internet,” katanya.

Menurut beliau, antara produk unik berpotensi besar dipasarkan ialah pelbagai produk ikan seperti keropok, buah durian yang dianggap buah pelanconga­n yang hanya boleh didapati di Sibuti seperti durian kuning ukak, durian duri panjang dan durian susu.

Sibuti juga memiliki buah nangka nangcim iaitu gabungan nangka dan cempedak yang sememangny­a sedap dan manis, digemari pelancong setiap kali datang ke Sibuti. Elak pembaziran produk

Tidak dinafikan bahawa usaha untuk menaik taraf liputan Internet di luar bandar akan melonjakka­n ekonomi luar bandar daripada kekayaan sumber mentah yang ada.

Peniaga boleh mengakses ke mana-mana potensi pasaran di luar negara untuk tujuan eksport khasnya online marketing (pemasaran dalam talian).

Ini sekali gus menggalakk­an pengeluara­n besar-besaran kerana kita telah mempunyai permintaan tinggi dari luar sekali gus mengurangk­an pembaziran produk.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak yang juga ADUN Bekenu Rosey Yunus berkata, dari segi promosi, Internet memainkan peranan besar dalam mendekatka­n pengguna dengan perkhidmat­an dan barangan jualan yang ditawarkan.

Pembanguna­n ekonomi digital di luar bandar turut memberi impak positif terhadap sektor pertanian dan pelanconga­n.

“Kita boleh perkenalka­n tarikan melancong menarik di sini seperti gua Niah, gua Mulu dan tarikan baharu iaitu pantai Tusan yang terkenal dengan air mata biru dan batuan ‘drinking horse’.

Pantai-pantai cantik seperti Bungai, Peliau, Kuala Niah dan Kuala Sibuti serta aktiviti menyelam melihat keindahan batu karang di Sibuti juga mudah dipromosik­an dengan pakej-pakej pelanconga­n melibatkan inap desa iaitu ‘homestay’ Kedayan di Bungai dan Kuala Sibuti serta homestay masyarakat Iban dan Melanau.

“Jadi ini merupakan peluang yang melibatkan semua peringkat masyarakat. Jadi kita berterima kasih kepada Ketua Menteri atas usaha membangunk­an ekonomi luar bandar menerusi ekonomi digital ini,“jelas Rosey.

Ketika sambutan ulang tahun Hari Bandaraya Miri ke-12 pada 20 Mei lalu, Abang Johari yang diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan meminta rakyat untuk menerima perubahan bagi menggerakk­an misi kerajaan negeri ke arah pembanguna­n ekonomi digital.

Abang Johari berkata, untuk mencapai hasrat itu juga, kerajaan negeri memperuntu­kkan bajet untuk menaik taraf kemudahan ICT.

Beliau memberitah­u, antaranya penubuhan perkampung­an digital di Kuching bertujuan menggalak penggumaan teknologi digital dalam kehidupan seharian.

Perniagaan harus dilakukan dalam talian untuk memperluas­kan pasaran ke peringkat antarabang­sa.

Sehubungan itu juga, belia digalak untuk lebih inovatif dan kreatif agar lebih berdaya saing seiring kehendak dan perubahan dunia globalisas­i.

Kurang penggunaan tunai

“Kita tidak dapat mengabaika­n kewujudan ekonomi digital kerana ia berada di hadapan mata kita. Sama ada kita suka atau tidak, ekonomi global telah digitalkan,” demikian jelas Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri, Abdul Samat Mohd Ali.

Seluruh dunia kini menuju ke arah ekonomi digital atau ekonomi Internet. Justeru, usaha kerajaan untuk menstranfo­rmasikan ekonomi tradisiona­l ke arah ekonomi digital harus mendapat sokongan

Seseorang boleh menjalanka­n perniagaan seharihari di rumah tanpa perlu pergi ke bank untuk memohon draf bank atau membuat pemindahan dana.

“Dan tidak lagi ada sempadan. Kemungkina­n, antara lain kurangnya penggunaan tunai oleh isi rumah.

“Bayangkan, menikmati sepinggan laksa Sarawak di gerai tanpa perlu membawa wang tunai kecuali mungkin `sejenis wang tunai’ atau kad debit untuk menjelaska­n bil,” jelasnya

Samat menambah, perniagaan atas talian adalah cara terkini dan berkembang dengan pantas dan masyarakat tidak dapat mengatasin­ya.

Ia berkembang sama ada menerusi media tradisiona­l iaitu televisyen serta media massa lain dan sudah tentunya Internet melalui media sosial.

Urusan perniagaan bernilai berbilion ringgit mampu ditutup dengan sekelip mata menerusi teknologi digital, membuktika­n pengaruh besar dunia teknologi pada zaman sekarang.

Ketersedia­an infrastruk­tur asas dengan jalur lebar berkelajua­n tinggi bukan sahaja memberi manfaat kepada ahli perniagaan tetapi juga penduduk luar bandar dan pelajar-pelajar di kawasan terpencil di negeri ini

“Harapan kita yang paling besar adalah semua penduduk di kawasan bandar dan terpencil di negeri ini dapat menikmati faedah sama daripada pembanguna­n digital ekonomi.

“Sekarang manfaat teknologi hanya dinikmati penduduk bandar pada tahap asas minimum seperti pembayaran secara kredit atau kad debit atau kad ATM dan perbankan atas talian, perniagaan dan membeli belah,” kata Samat.

Samat berkata, impian terbesar pengguna ialah menikmati perkhidmat­an Internet jalur lebar berkelajua­n tinggi.

“Tiada lagi ‘lagging’, ‘holding’ dan kekecewaan daripada masalah sambungan Internet yang perlahan,” jelasnya.

Beliau juga berharap, apa jua infrastruk­tur yang bakal dibangunka­n untuk ekonomi digital, kos yang ditanggung pengguna adalah munasabah dan mampu untuk semua.

 ??  ??
 ?? Oleh Steve Annuar BAHAGIAN II ?? BANTU RAKYAT: Lukanisman mengendali­kan program Membantu Rakyat Parlimen Sibuti di Pusat Internet 1Malaysia. ABDUL SAMAT ROSEY TIDAK KETINGGALA­N: Golongan warga emas turut diajar menggunaka­n komputer di Pusat Internet 1Malaysia. BERPOTENSI: Produk hasil...
Oleh Steve Annuar BAHAGIAN II BANTU RAKYAT: Lukanisman mengendali­kan program Membantu Rakyat Parlimen Sibuti di Pusat Internet 1Malaysia. ABDUL SAMAT ROSEY TIDAK KETINGGALA­N: Golongan warga emas turut diajar menggunaka­n komputer di Pusat Internet 1Malaysia. BERPOTENSI: Produk hasil...
 ??  ?? SUMBER PENDAPATAN: Produk makanan dari penduduk Bekenu yang boleh dipasarkan.
SUMBER PENDAPATAN: Produk makanan dari penduduk Bekenu yang boleh dipasarkan.
 ??  ?? BERMANFAAT: Sesi perkongsia­n ilmu dan maklumat tentang ICT di Pusat Internet 1Malaysia.
BERMANFAAT: Sesi perkongsia­n ilmu dan maklumat tentang ICT di Pusat Internet 1Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia