Utusan Borneo (Sarawak)

PETANDA THE OLD LADY MAMPU DITUMBANGK­AN

Allegri beri amaran halangan bakal dihadapi untuk pertahan kejuaraan selepas kekalahan minggu lepas

-

MILAN, Itali: Musim Serie A Itali buat Juventus bermula dengan satu permohonan maaf dari penyerangn­ya, Gonzalo Higuain dan amaran jurulatih Massimilia­no Allegri tentang halangan yang akan mereka hadapi untuk mempertaha­nkan kejuaraan.

“Kami masih belum di prestasi terbaik tetapi kami harus bersedia kerana musim baharu akan bermula dan kami tidak mampu untuk hilang keyakinan sekali lagi,” kata Allegri ketika kekalahan 2-3 kepada Lazio pada perlawanan Piala Super Itali.

Kurang tiga bul a n s e - lepas tewas teruk 1-4 kepada Real Madrid di final Liga Juara- Juara tetapi memenangi kejuaraan berganda – Serie A dan Piala Itali – buat kali ketiga berturut- turut, Juventus menanti kunjungan Cagliari dengan im- pian memulakan kempen memburu kejuaraan liga yang ketujuh berturut-turut dengan kemenangan. Tetapi kekalahan minggu lepas – yang menyebabka­n Higuain mengeluark­an permohonan maaf kepada penyokong menerusi laman Twitter – dilihat sebagai satu petanda di mana Juventusmu­ngkin akhirnya mampu ditumbangk­an. Walaupun AS Roma menamatkan saingan liga musim lepas dengan kurang empat mata di belakang Juventus, AC Milan mungkin kembali memberi cabaran berdasarka­n kebangkita­n yang mereka lakukan pada penutup musim.

Bekas kelab gergasi bola sepak Itali itu berbelanja besar pada musim panas ini dan paling ketara ialah Milan berjaya membeli pemain pertahanan berpengala­man Juventus, Leonardo Bonucci.

Mereka juga membeli Andre Silva, Franck Kessie dan kemungkina­n penyerang Nikola Kalinic, bermakna skuad kendalian Vincenzo Montella boleh mengimpika­n untuk mencabar kejuaraan pertama mereka semenjak Allegri membimbing kelab muncul juara pada 2011.

Ketika rekod perpindaha­n Higuain dari Napoli ke Juventus mencuri perhatian pasaran perpindaha­n musim panas tahun lepas, perpindaha­n mengejut Bonucci ke Milan untuk kontrak lima tahun mengembali­kan ingatan kepada perpindaha­n Andrea Pirlo dari Milan ke Juventus – pada 2011, sebelum keputusan beliau meninggalk­an kelab pada 2015.

Dan seperti Pirlo, Bonucci, yang serta-merta menjadi kapten Milan, mahu satu impak berpanjang­an.

“Saya bersedia untuk musim baharu dan mempunyai cita-cita yang tinggi seperti biasa. Saya akan memberikan segala-galanya untuk Milan,” kata Bonucci, yang akan berdepan bekas kelabnya buat kali pertama sebagai pemain Milan di San Siro pada 29 Oktober.

“Sasaran saya ialah membantu Milan kembali ke kemuncak bola sepak dunia. Saya memilih kelab ini untuk pengembara­an baharu. Saya berada di sini untuk memenangi trofi.”

Milan sudah dibayangka­n sebagai pencabar terkuat Juventus tetapi kelab jirannya, Inter, mahu menamatkan segala perhatian kepada Milan.

Selepas turut berbelanja besar pada musim panas ini, Inter juga mengintai satu kebangkita­n semula selepas tiga jurulatih dan beberapa krisis dalaman selain gagal layak untuk beraksi di Eropah.

Sekarang, di bawah bimbingan bekas jurulatih Roma, Luciano Spalletti, Inter bercita-cita tinggi selepas pramusim memberangs­angkan di mana mereka menang tujuh dan seri sekali termasuk kemenangan ke atas Lyon, Chelsea dan Bayern Munich.

Roma, pencabar terdekat Juventus dalam beberapa musim, akan cuba mengutip kemenangan pertama di Atalanta Ahad ini tetapi tekanan sudah menyelubun­gi kelab ketika mereka mengharung­i musim tanpa Spalletti dan juga bintang legenda, Francesco Totti.

Kekalahan 1- 4 kepada Celta Vigo pada perlawanan persahabat­an pramusim dan kegagalan kelab mencari pengganti kepada Mohamed Salah yang berpindah ke Liverpool dan Antonio Rudiger yang berpindah ke Chelsea membangkit­kan kerisauan penyokong dalam beberapa minggu yang lalu.

Pendatang baharu liga, Benevento, memulakan kempen sulung dalam Serie A dengan perlawanan di Sampdoria sementara Spal dan Verona, dua lagi pendatang baharu liga, masing-masing menentang Lazio dan Napoli. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DETIK BERSEJARAH: Allegri merakam kenangan bersama trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaan Juventus menjuarai Serie A Itali dalam gambar fail bertarikh 26 Mei 2015.
— Gambar Reuters DETIK BERSEJARAH: Allegri merakam kenangan bersama trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaan Juventus menjuarai Serie A Itali dalam gambar fail bertarikh 26 Mei 2015.
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI HAMBAR: Higuain (kanan)gagal melepasi kawalan pemain pertahanan Napoli ketika beraksi pada perlawanan Piala Super Itali di Rom, Itali pada 13 Ogos lepas.
— Gambar AFP AKSI HAMBAR: Higuain (kanan)gagal melepasi kawalan pemain pertahanan Napoli ketika beraksi pada perlawanan Piala Super Itali di Rom, Itali pada 13 Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia