Utusan Borneo (Sarawak)

2 pegawai HDC, seorang pengurus ditahan

Bantu siasatan SPRM berhubung tender cat, kegagalan baik pulih rumah pangsa di Miri

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Gagal menyiapkan kerja-kerja mengecat dan membaik pulih 12 unit rumah pangsa di Miri selepas tuntutan pembayaran dibuat menyebabka­n dua pegawai Perbadanan Pembanguna­n Perumahan ( HDC) Sarawak ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM), semalam.

Difahamkan, turut ditahan dalam operasi sekitar jam 12 hingga 1.20 tengah hari itu ialah seorang pengurus yang dilantik untuk melaksanak­an projek tender yang dibuka pada April 2015 itu.

Suspek ditahan itu

Perakuan Kerja Siap dikeluarka­n oleh pihak HDC pada November 2015 sedangkan kerja-kerja mengecat dan membaik pulih sebanyak 12 unit rumah pangsa gagal dilaksanak­an.

adalah seorang jurutera dan juruteknik kanan yang masing- masing berusia 39 dan 59 tahun, manakala pengurus yang ditahan berusia 49 tahun.

Sumber berkata, tender itu telah dibuka oleh HDC Sarawak pada 2015 bagi kerja- kerja mengecat dan membaik pulih 12 unit rumah flat dua tingkat di Miri yang terbakar dan sebanyak 10 permohonan diterima dengan sebuah syarikat kemudianny­a dilantik melalui nilai tawaran harga melebihi RM2 juta.

“Bagaimanap­un, syarikat itu melantik sebuah lagi syarikat subkontrak­tor milik individu lain bagi melaksanak­an kerja- kerja mengecat dan membaiki kerosakan 47 blok bangunan.

“Syarikat pada 2016 telah membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM11,969 kepada HDC Sarawak sedangkan kerja- kerja tersebut tidak dilakukan.

“Perakuan Kerja Siap dikeluarka­n oleh pihak HDC pada November 2015 sedangkan kerjakerja mengecat dan membaik pulih sebanyak 12 unit rumah pangsa gagal dilaksanak­an,” katanya.

Difahamkan, maklumat berhubung kes tersebut diperolehi oleh SPRM menerusi Laporan Audit Negara 2016.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu dan berkata kesemua suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia