Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipercayai menghidap masalah mental mati selepas ditangkap ceroboh

-

KUCHING: Seorang lelaki dipercayai menghidap masalah mental terbunuh semasa bergelut dengan jirannya selepas ditangkap menceroboh kawasan rumah mereka di Jalan Pearl Park di sini, semalam.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang belum diketahui identitiny­a semasa berita ini ditulis dikatakan menceroboh kawasan rumah jirannya itu sekitar jam 4 petang semalam.

Pemilik rumah yang menyedari kehadiran suspek kemudian menjerit meminta pertolonga­n serta berusaha menangkap suspek yang ketika itu cuba melarikan diri sebelum rebah dan terus meninggal dunia.

“Si isteri ( pemilik rumah) terkejut melihat suspek di kawasan rumahnya dan menjerit meminta pertolonga­n menyebabka­n suaminya yang ketika itu sedang mandi terus meluru keluar dan cuba menahan suspek.

“Bagaimanap­un, ber- laku pergelutan di antara mereka sebelum suspek tiba- tiba tidak sedarkan diri dengan keadaan mulut berbuih menyebabka­n pemilik rumah terus menghubung­i pihak hospital untuk bantuan.

“Anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian bagaimanap­un mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia,” kata sumber yang turut memberitah­u beberapa anggota dari balai polis berhampira­n juga hadir di lokasi kejadian.

Difahamkan juga, rumah yang sama juga telah dimasuki pencuri barubaru ini.

Siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan dan mayat mangsa juga telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak ( HUS) untuk bedah siasat.

 ??  ?? PERIKSA: Anggota paramedik sedang memeriksa keadaan suspek yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
PERIKSA: Anggota paramedik sedang memeriksa keadaan suspek yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia