Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat sawit, pembalakan digalak tanam kelampayan

-

SIBU: Syarikat mempunyai ladang kelapa sawit dan konsesi pembalakan digalak menanam pokok kelampayan di ladang masing-masing bagi menjana pendapatan tambahan kepada syarikat.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pokok kelampayan sudah boleh ditebang selepas lima tahun serta diguna dalam industri berasaskan kayu di negeri ini.

“Dalam masa tiga tahun, diameter pokok ini sudah mencapai 35 sentimeter. Kalau lima tahun, saya rasa ia mampu mencapai lebih 60 sentimeter dan boleh ditebang.

“Ini sekali gus menjadi satu bonus besar kepada syarikat,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak ladang milik Ta Ann di Naman, Durin yang menaman kelapa sawit dan pokok kelampayan,” petang semalam.

Menurut Abang Johari, kajian yang dilakukan juga mendapati pokok kelampayan tumbuh subur di bahu jalan di ladang kelapa sawit.

Oleh itu katanya, untuk satu blok ladang kelapa sawit seluas satu hektar, boleh ditaman dengan 32 batang pokok kelampayan di bahu jalan membentuk blok tersebut.

“Setiap tepi jalan ini boleh ditanam dengan lapan pokok kelampayan dan apabila didarab dengan empat, kita sudah ada 32 batang pokok yang ditanam di tepi-tepi jalan ini,” ujarnya sambil memuji usaha dilakukan Ta Ann.

Beliau juga memberitah­u, usaha syarikat Ta Ann menanam pokok kelampayan itu juga membantuny­a menjadi syarikat lestari.

Sehubungan itu, Abang Johari menggalakk­an syarikat lain mengikuti langkah Ta Ann dalam menjalanka­n penyelidik­an dan menanam pokok tersebut.

“Masa depan industri perkayuan di Sarawak bergantung kepada kaedah baha- ru menanam pokok. Hari ini Ta Ann telah membuktika­n ia dapat dilakukan.

“Justeru, saya berharap syarikat lain mempunyai ladang kelapa sawit dan konsesi pembalakan dapat mengikuti langkah sama serta menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D),” jelasnya.

Turut hadir Pengerusi Ta Ann Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Datuk Wong Kuo Hea, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh serta yang lain.

 ??  ?? POKOK INDUSTRI: Abang Johari (kanan) mendengar penerangan daripada Wong (dua kanan) mengenai pokok kelampayan berusia tiga tahun. Turut kelihatan (dari kiri) Hamed dan Len Talif.
POKOK INDUSTRI: Abang Johari (kanan) mendengar penerangan daripada Wong (dua kanan) mengenai pokok kelampayan berusia tiga tahun. Turut kelihatan (dari kiri) Hamed dan Len Talif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia