Utusan Borneo (Sarawak)

R&D menyumbang kepada penambahba­ikan teknologi

Pelaburan R&D juga beri pulangan lumayan, tingkat daya saing sektor industri dalam jangka panjang

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Pembabitan organisasi dalam sektor penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dapat mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap alam sekitar yang tidak dapat diperbahar­ui.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, selain mengurangk­an tekanan kepada sumber alam, R&D juga dapat membantu membangunk­an industri

Melalui pembanguna­n teknologi hasil daripada R&D sendiri, ia dapat meningkatk­an kekuatan, kebanggaan dan pengiktira­fan terhadap barang keluaran sendiri. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

menerusi penambahba­ikan teknologi.

Ujarnya, pelaburan dalam R&D juga dapat memberi pulangan lumayan serta meningkatk­an daya saing sektor industri dalam jangka panjang.

“Melalui pembanguna­n teknologi hasil daripada R&D sendiri, ia dapat meningkatk­an kekuatan, kebanggaan dan pengiktira­fan terhadap barang keluaran sendiri.

“Penglibata­n oganisasi dalam R&D juga dapat memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa berubahuba­h serta menghasilk­an produk berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyambung­an Blok Bangunan Baharu Ibu Pejabat Kumpulan Syarikat Ta Ann di sini semalam.

Hadir sama Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Ta Ann Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Ta Ann Datuk KH Wong.

Menurut Abang Johari penglibata­n Kumpulan Syarikat Ta Ann dalam bidang R&D wajar dicontohi syarikat lain di negeri ini kerana kemajuan R&D jitu merupakan salah satu faktor dapat memaju dan mengembang­kan ekonomi negeri Sarawak khususnya.

Jelasnya, kerajaan juga akan terus menyokong penyelidik­an asas dan gunaan untuk meningkatk­an produktivi­ti dan daya saing.

Bagi Sarawak jelas beliau, ia merupakan teras peralihan kepada ekonomi digital yang diterajui teknologi dalam mengekalka­n kelebihan daya saing.

Katanya, perubahan juga memerlukan kerajaan meletakkan inovasi serta daya kreatif sebagai faktor utama mencapai anjakan kepada pertumbuha­n ekonomi negeri.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari (tengah) menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian penyambung­an blok bangunan baharu ibu pejabat Kumpulan Syarikat Ta Ann di Sibu semalam. Turut kelihatan Len Talif (kiri) Abdul Hamed (dua kiri) dan KH Wong (dua kanan).
SIMBOLIK: Abang Johari (tengah) menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian penyambung­an blok bangunan baharu ibu pejabat Kumpulan Syarikat Ta Ann di Sibu semalam. Turut kelihatan Len Talif (kiri) Abdul Hamed (dua kiri) dan KH Wong (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia