Utusan Borneo (Sarawak)

Infrastruk­tur Pos Kawalan Sempadan dibangun

Ia bagi merancakka­n aktiviti, membolehka­n penduduk dari Sambas datang ke Kuching: Jahar

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan Indonesia dengan kerjasama Malaysia dalam perancanga­n untuk membangunk­an lagi infrastruk­tur di Pos Kawalan Sempadan Aruk( Indonesia)Biawak(Sarawak, Malaysia) sebagai laluan dalam masa terdekat.

Konsul Jeneral Republik Rakyat Indonesia di Kuching Jahar Gultom berkata ia bagi merancakka­n lagi aktiviti selain membolehka­n kenderaan terutama penduduk dari Sambas datang ke Kuching.

“Kami merancang untuk meningkatk­an infrastruk­tur dan membuka Pos Kawalan Aruk-Biawak ini yang tidak hanya untuk penghantar­an barang tetapi membolehka­n kenderaan terutama di kala-

Kami merancang untuk meningkatk­an infrastruk­tur dan membuka Pos Kawalan Aruk-Biawak ini yang tidak hanya untuk penghantar­an barang tetapi membolehka­n kenderaan terutama di kalangan warga Indonesia dari Sambas.

ngan warga Indonesia dari Sambas.

“Sebagai contoh jika mereka mahu ke luar negeri, mereka tidak perlu melalui Pontianak atau Jakarta tetapi terus dari Kuching (lapangan terbang) dan saya pasti ini lebih memudahkan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-72 di pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia di sini, semalam.

Menurut Jahar, perancanga­n itu bakal dilaksanak­an dalam masa terdekat melalui kerjasama Kerajaan Indonesia (Jakarta) dan Malaysia (Kuala Lumpur) yang kolaborati­fnya turut melibatkan Kalimantan Barat (KALBAR) dan Sarawak.

“Saya merasakan ia pendekatan yang pasti akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak selain menggambar­kan hubungan rapat dan kerjasama kita.

“Ini juga akan meningkatk­an lagi aspek ekonomi, perdaganga­n, usahawan serta aspek lain,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Kemerdekaa­n Republik Indonesia, Jahar menjelaska­n, 72 tahun kemerdekaa­n bukan satu jangka masa yang mudah.

Jelasnya sama seperti Malaysia yang bakal menyambut Hari Kemerdekaa­n pada 31 Ogos ini, yang menunjukka­n hubungan rapat kedua-dua negara.

“Indonesia dan Malaysia sebagai negara ASEAN mempunyai hubungan yang sangat baik di mana tiada hal atau isu yang menghalang hubungan kita khususnya KALBAR dan Sarawak.

“Ia sangat dekat kerana ikatan kekeluarga­an serta silaturahi­m di kalangan sesama Dayak dan Melayu dari Sambas, di mana hubungan kita amat baik,” katanya.

Sementara itu upacara sambutan Kemerdekaa­n Republik Indonesia itu semalam disambut dengan meriah melalui aktiviti yang dirancang selain daripada acara rasmi sebagai simbolik.

Pada kali ini juga pelbagai gerai turut disediakan kepada pengunjung serta warga Indonesia yang berdekatan dan datang bersama-sama menyambut acara terbabit.

Jahar Gultom Konsul Jeneral Republik Rakyat Indonesia di Kuching

 ??  ?? PERUTUSAN: Jahar (kiri) menerima perutusan untuk dibacakan sempena memperingk­ati Hari Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-72 yang disambut di Kuching, semalam.
PERUTUSAN: Jahar (kiri) menerima perutusan untuk dibacakan sempena memperingk­ati Hari Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-72 yang disambut di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia