Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lagi sampel anjing disah positif virus rabies

-

KUCHING: Dua lagi sampel anjing telah disahkan positif virus rabies selepas ujian Direct Fluorescen­t Antibody Test (FAT) diterima daripada VRI, Ipoh.

Menurut kenyataan daripada Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri, sampel berkenaan telah dihantar pada 10 Ogos 2017 dan kedua- duanya dari Kampung Kuala, Jalan Gedong, Serian.

Ia menjadikan bilangan sampel positif virus rabies setakat ini adalah 36 sampel anjing dan enam sampel kucing daripada 10 keputusan sampel diterima daripada VRI, Ipoh.

Sementara itu, semalam sebanyak 139 anjing telah divaksin di 10 kampung di daerah Serian setakat jam 3 petang.

Secara kumulatif sebanyak 31,815 haiwan kesayangan yang terdiri daripada 24,173 anjing, 7,597 kucing dan 45 haiwan lain telah divaksin.

Program Pemvaksina­n Anjing akan ditangguh pada Jumaat, 18 Ogos 2017 bagi memberi laluan Program Pemvaksina­n Anti-Rabies kepada petugas wabak rabies.

Program Pemvaksina­n Anjing akan disambung semula pada Sabtu, 19 Ogos 2017 di kawasan seperti Kampung Panchor Dayak dan Panchor Cina, Kampung Semada Belatok, Semada Mawang dan Semada Tengah, Kampung Semukoi A dan Semukoi Empegang.

Program turut diadakan di Kampung Sungai Apeng, Slabi Entukuh, Sungai Buruh dan Singai Turong, Kampung Stigang Semukoi, Tian Mawang dan Tian Sekawan serta Kampung Tapang Maong, Muara Tangga dan Beruan.

Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri memaklumka­n bahawa sebanyak 86 kes gigitan baharu dilaporkan setakat semalam, iaitu lapan kes dari bahagian Serian, empat kes dari bahagian Sri Aman, 71 kes dari bahagian Kuching dan tiga kes dari bahagian Samarahan.

Daripada jumlah tersebut, 55 kes melibatkan haiwan peliharaan iaitu anjing 40 kes dan kucing 15 kes. Manakala, 31 kes pula melibatkan haiwan liar atau tidak bertuan, iaitu anjing 19 kes, kucing 11 kes dan tikus satu kes.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan haiwan yang berlaku mulai 1 April 2017 hingga semalam, adalah berjumlah 2,586 kes dan secara kumulatif juga, seramai 969 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies.

Sila hubungi Bilik Operasi Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di talian 082443991/446991/447960 untuk sebarang laporan mengenai wabak rabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia