Utusan Borneo (Sarawak)

Pantau keadaan cuaca sebelum turun ke laut

-

MIRI: Semua nelayan di sini yang ingin menangkap ikan atau memancing diminta memantau keadaan cuaca atau mendapatka­n perkembang­an terkini mengenai cuaca daripada Jabatan Meteorolog­i, sebelum mengambil keputusan untuk turun ke laut.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri Jamali Basri berkata, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini dan laut bergelora, mereka perlu lebih peka terhadap keselamata­n diri dan mengelak turun ke laut jika cuaca tidak mengizinka­n.

“Nelayan yang ingin turun ke laut menangkap ikan atau memancing, perlu merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Meteorolog­i atau mendengar ramalan cuaca dari radio dan televisyen supaya kita tahu sama ada keadaan laut selamat untuk pergi ke memancing atau menangkap ikan atau sebaliknya,” ujarnya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau memberitah­u demikian bagi mengulas mengenai keadaan cuaca yang kerap hujan ribut, berlaku di Miri sejak seminggu kebelakang­an ini, hingga menyebabka­n beberapa kawasan rendah dilanda banjir kilat.

Jamali turut menasihati nelayan supaya sentiasa membawa bersama jaket keselamata­n dan peralatan penting untuk keperluan mereka di laut, jika berlaku kes kecemasan termasuk bekalan makanan dan makanan kering yang mencukupi serta telefon bimbit.

Katanya, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kerana kadangkala hujan lebat dan ada kalanya hujan turun sepanjang malam sejak beberapa hari lalu, adalah amat berisiko untuk nelayan terutama bot-bot kecil.

“Bagi bot-bot yang lebih besar mungkin lebih baik, namun para pengusaha yang membawa pemancing perlu memastikan bot mereka dilengkapi peralatan seperti GPS, walkie-talkie dan sebagainya yang berfungsi dengan baik, bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan bot anda, jika berlaku kes kecemasan di laut,” katanya.

Jamali berkata sehingga tahun ini, tidak ada kes-kes terbaharu nelayan dari Miri yang hanyut atau hilang di laut kerana mereka kini semakin sedar serta memanfaatk­an sebaiknya kemudahan komunikasi canggih yang ada untuk mendapatka­n banyak maklumat keadaan cuaca dan pengetahua­n semasa, termasuk mengenai aspek berkaitan keselamata­n.

“Saya amat kagum dengan perubahan ini, khususnya di kalangan nelayan-nelayan di Miri.

“Mereka kini semakin peka dan tahu memanfaatk­an keperluan dan kemudahan telefon pintar, untuk mendapatka­n maklumat dan berhubung bagi bertukar maklumat, pandangan serta pengetahua­n dan sebagainya,” katanya.

Jelasnya, malah dengan adanya telefon bimbit yang dibawa, mereka mungkin boleh mendapatka­n bantuan daripada rakan di darat atau membantu rakan-rakan yang dalam kecemasan di laut.

“Apa paling penting ialah berjagajag­a di laut, kerana pada setiap saat cuaca boleh berubah secara tiba-tiba serta sukar diramal, daripada keadaan tenang ia boleh bergelora tiba-tiba,” katanya.

Bagaimanap­un menurut Jamali, adalah lebih baik untuk tidak turun ke laut jika Jabatan Meteorolog­i memberi amaran merah kepada bot-bot kecil kerana keadaan laut dan cuaca yang buruk, malah boleh menterbali­kkan dan menyebabka­n kerosakan kepada bot-bot kecil. hari lagi

 ??  ??
 ??  ?? BERTUAH: Seorang pencari kerja (kanan) menerima surat tawaran pekerjaan secara langsung daripada majikan sambil disaksikan Riot, Jack (tengah), Che Azizah (kiri) dan Hamdiah (kanan) semasa program Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak di...
BERTUAH: Seorang pencari kerja (kanan) menerima surat tawaran pekerjaan secara langsung daripada majikan sambil disaksikan Riot, Jack (tengah), Che Azizah (kiri) dan Hamdiah (kanan) semasa program Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia