Utusan Borneo (Sarawak)

Siapkan projek kerajaan, elak kemarahan rakyat

Kontraktor dianugerah projek kerajaan diingatkan supaya laksana dan siapkan projek dengan sewajarnya: Rosey

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Kontraktor dianugerah­kan projek kerajaan diingatkan supaya melaksana dan menyiapkan projek dengan sewajarnya atau rakyat menjadi mangsa dan berdepan kesukaran, jika ia terus tertangguh atau terbengkal­ai.

Menteri Muda Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata kontraktor perlu melaksanak­an projek atau tender diamanahka­n sebaik sahaja diberi kontrak berkenaan kerana projek tersebut disalur oleh kerajaan untuk manfaat rakyat.

“Jika anda gagal melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n, rakyat yang akan menjadi mangsa, kerana kerajaan melulus dan memberikan projek berkenaan untuk keperluan mereka.

“Tindakan tidak bertang- gungjawab pihak kontraktor meninggalk­an projek separuh jalan atau tidak menyiapkan seperti dijadual akan mencetuska­n kemarahan rakyat yang seterusnya menyalahka­n pihak berkuasa atau kerajaan kerana kegagalan penyiapan projek tersebut,” katanya.

Rosey memberitah­u demikian kepada Utusan Borneo di sini semalam, selepas menerima beberapa aduan daripada penduduk di kawasannya, konstituen­si Bekenu, berhubung beberapa projek yang masih belum disiapkan oleh pihak kontraktor seperti yang dijadualka­n.

Katanya menjadi tanggungja­wab kontraktor untuk mematuhi terma dan syarat projek yang diperolehi, memandangk­an kerajaan memerlukan kemudahan berkenaan untuk kegunaan dan keperluan rakyat.

“Saya dimaklum oleh orang di Niah bahawa terdapat satu projek dilepas dan kontraktor gagal menyelesai­kan kerjanya, menyebabka­n pihak berkuasa perlu mengulangi semula projek itu dan menyerahka­nnya kepada kontraktor lain, yang pastinya mengambil masa untuk disiapkan.

“Manakala rakyat pula akan menyalahka­n wakil rakyat dan kerajaan, mengapa projek berkenaan gagal disiapkan,” jelas Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu.

Terdahulu, Rosey mengedarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selanyau di Bekenu, Sibuti, sebagai salah satu program kementeria­n itu untuk mendidik dan menyemai semangat patrotisme terhadap negara dalam kalangan murid sekolah rendah.

Katanya, ibu bapa dan guru mesti menanam semangat patriotism­e di kalangan anakanak sejak mereka kecil lagi, agar tahu dan memahami kesukaran dihadapi datuk nenek mereka dahulu, dalam mencapai kemerdekaa­n negara dan negeri ini khasnya.

Pada masa sama, beliau berkata menjadi peranan guru untuk mengajar kanakkanak di sekolah rendah dan prasekolah mengenai makna kemerdekaa­n untuk mereka.

Jika anda gagal melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n, rakyat yang akan menjadi mangsa, kerana kerajaan melulus dan memberikan projek

mereka.” berkenaan untuk keperluan Rosey Yunus Menteri Muda Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Rosey (lapan kiri) bersama guru-guru SK Selanyau, Bekenu memakai baju-T bercorak Jalur Gemilang.
BERSEMANGA­T: Rosey (lapan kiri) bersama guru-guru SK Selanyau, Bekenu memakai baju-T bercorak Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia