Utusan Borneo (Sarawak)

Lapor perkembang­an projek guna peruntukan kerajaan

-

MIRI: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala meminta ketua kaum atau pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) termasuk persatuan supaya menghantar laporan berhubung projek yang dilaksana menggunaka­n peruntukan diberi kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata, laporan itu penting untuk tujuan pemantauan bagi memastikan projek dipohon itu dan telah dilulus kerajaan, dilaksana demi faedah ahli dan penduduk setempat.

“Jika anda memohon untuk membina jalan kampung, jambatan atau projek membabitka­n pembinaan yang lain, maka pastikan projek tersebut dilaksana mengikut peruntukan disediakan.

“Kemas kini laporan dan serah kepada saya supaya saya tahu anda melaksana atau sejauh mana perkembang­an agar saya tahu sama ada peruntukan mencukupi atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya pada penyampaia­n geran projek kecil luar bandar (MRP) di Bilik VIP, Lapangan Terbang Miri di sini petang semalam.

Menurut Gerawat, beliau tidak memerlukan laporan panjang lebar sebaliknya cukup laporan diserta dengan gambar serta maklumat terkini mengenai setiap perkembang­an projek yang dilaksana, walaupun menerusi telefon pintar.

Katanya, ia penting untuk laporan beliau juga, bagi memastikan perun- tukan rakyat dimanfaat sebaiknya dan rakyat kawasan Mulu membina kemudahan dan pembanguna­n mengikut acuan sendiri yang mereka ingin serta bersesuaia­n dengan keperluan.

Sementara itu, sebanyak 15 JKKK dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam kawasan DUN Mulu menerima cek MRP tersebut termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Miri.

Sebanyak RM208,000 geran diagih untuk 15 organisasi tersebut semalam, manakala terdahulu di Marudi, beliau turut menyerahka­n cek yang sama kepada 17 JKKK, PIBG dan NGO daripada peruntukan sebanyak RM344,000.

“Keseluruha­n peruntukan MRP yang saya agihkan ini berjumlah RM552,000,” katanya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Gerawat (duduk, tengah) bersama penerima cek MRP yang disampaika­n di Bilik VIP Lapangan Terbang Miri, petang semalam.
TERIMA KASIH: Gerawat (duduk, tengah) bersama penerima cek MRP yang disampaika­n di Bilik VIP Lapangan Terbang Miri, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia