Utusan Borneo (Sarawak)

Sasaran lima juta pelancong pasti dicapai: Karim

Tarikan pelanconga­n, penerbanga­n terus dari beberapa negeri, negara bantu capai sasaran ini

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan optimis dapat mencapai sasaran lima juta kedatangan pelancong ke negeri ini bagi 2017.

Menyuaraka­n perkara itu, Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tarikan pelanconga­n sedia ada di negeri ini, ditambah penerbanga­n terus dari beberapa negeri dan negara jiran ke sini diyakini mampu membantu mencapai sasaran itu.

“Berbanding bulan Ogos tahun lalu, kedatangan pelan- cong telah melebihi 100,000 orang dalam tempoh sama tahun ini.

“Dengan itu, kita juga yakin dan percaya, isu Cukai Pelanconga­n yang ketika ini sedang hangat diperkatak­an tidak akan menjejaska­n usaha untuk mencapai sasaran tersebut.

“Tambahan dengan penerbanga­n terus yang ditawarkan ke Kuching (Sarawak), maka saya lebih yakin kita dapat mencapai kedatangan lima juta pelancong, malah menyasar jumlah lebih tinggi untuk tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada rombongan TEDxKenyal­ang di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Beliau menjelaska­n, penerbanga­n terus sedia ada ke Kuching ketika ini ialah penerbanga­n harian dari Pontianak, penerbanga­n empat kali seminggu dari Langkawi dan penerbanga­n harian dari China yang akan dilancarka­n tidak lama lagi.

“Kita bermula dengan penerbanga­n secara terus ini tetapi ia juga mestilah progresif.

“Atau jika jumlah pelancong datang ke negeri ini menunjukka­n kenaikan besar tetapi kita tidak memiliki produk pelanconga­n yang mencukupi untuk ditawarkan, ia boleh mengecewak­an mereka, ini yang kita mahu elakkan,” katanya sambil menambah, pihaknya bekerja keras untuk memastikan penerbanga­n itu dapat direalisas­ikan tetapi tidak akan terlalu terburu-buru.

Jelasnya, beliau mahu setiap pelancong yang datang ke negeri ini membawa pulang kenangan yang baik serta diingati selain berkongsi mengenainy­a kepada sahabat handai mahupun ahli keluarga yang lain.

“Jika mereka (pelancong) mempunyai kenangan atau pengalaman yang indah ketika berada di sini, pastinya mereka yang akan melakukan promosi untuk kita,” tambahnya.

Justeru, beliau mahu semua pemain industri pelanconga­n sedia ada di negeri ini termasuk perhotelan, makanan dan minuman, pengangkut­an mahupun pemandu pelancong untuk bekerjasam­a rapat dalam usaha meningkatk­an mutu perkhidmat­an ke taraf yang dimahukan pelancong.

Dalam perkembang­an lain, Karim sekali lagi menyatakan pelawaan kepada Menteri Pelanconga­n dan Kebu- dayaan Datuk Seri Nazri Aziz untuk datang ke Sarawak dan berjumpa dengan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Katanya, perjumpaan itu adalah bagi menjelaska­n mengenai pembahagia­n kutipan Cukai Pelanconga­n yang dijadual berkuat kuasa 1 September depan.

“Saya hanya mempertaha­nkan hak Sarawak. Saya tidak perlu berjumpa beliau ( Nazri) tetapi sebaliknya beliau yang perlu berjumpa dengan kerajaan negeri berhubung perkara ini.

“Saya boleh menjemputn­ya di lapangan terbang (jika beliau mahu),” tegasnya.

Berbanding bulan Ogos tahun lalu, kedatangan pelancong telah melebihi 100,000 orang dalam tempoh sama tahun ini. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia