Utusan Borneo (Sarawak)

Kembara ke S’wak kenangan manis bagi Rahim

Kemesraan, sambutan baik rakyat Sarawak kembaranya sangat ‘luar biasa’, ia kenangan tidak dilupakan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Pengembara solo Kembara Jalur Gemilang Rahim Yusof, 67, menyifatka­n kembaranya ke bumi Sarawak adalah kenangan paling manis dalam hidupnya.

Beliau berkata kemesraan dan sambutan baik rakyat Sarawak terhadap kembaranya kali ini sangat ‘luar biasa’ dan ia adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“Saya berasa sedih meninggalk­an Sarawak kerana banyak kenangan manis tercipta di sini bahkan saya tidak dapat melupakan layanan mesra rakyat Sarawak sepanjang kembara ini,” katanya di sini kelmarin.

Rahim berkata Sarawak mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dan dia juga akan mempromosi­kan Sarawak kepada

Saya berasa sedih meninggalk­an Sarawak kerana banyak kenangan manis tercipta di sini bahkan saya tidak dapat melupakan layanan mesra rakyat Sarawak sepanjang kembara ini.

pelawat dari Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

“Saya telah berhenti di banyak tempat menarik sepanjang perjalanan dari Lawas ke Kuching. Pada pemerhatia­n saya, Sarawak sememangny­a unik dengan kepelbagai­an budaya, makanan dan tempat pelanconga­n,” katanya.

Pesara tentera itu bagaimanap­un meneruskan perjalanan pulang ke Sabah semalam (Khamis) selepas tiba di Miri dua hari lalu ke destinasi terakhirny­a di Sandakan.

Rahim mengucapka­n terima kasih kepada rakyat Sarawak terutama pihak penaja, pengiring bermotosik­al dan individu yang turut menyokong kembaranya kali ini.

“Saya akan meneruskan siri ketiga Kembara Jalur Gemilang di Semenanjun­g Malaysia tahun depan iaitu sekitar Ogos dan ia adalah tanda saya cintakan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, sepanjang perjalanan dari Sandakan ke Kuching, sambutan yang diberi rakyat Sarawak dengan ketibaanny­a begitu menggalakk­an.

“Atas faktor usia, rasa penat memang ada bagaimanap­un kembara solo ini adalah simbol rasa cinta saya kepada negara dan menghargai nikmat kemerdekaa­n,” katanya.

Rahim yang menggunaka­n motosikal Demak 90cc dengan anggaran perbelanja­an RM2,000 memulakan perjalanan dari Sandakan, Sabah ke Kuching pada 1 Ogos lalu.

Dia menunggang secara solo antara tiga hingga empat jam dengan jarak 200 kilometer sehari dengan perjalanan merangkumi sejauh 4,000 kilometer.

Pada akhir temu bual, Rahim tidak putus- putus mengucapka­n terima kasih kepada penaja makan minum, teknikal, perubatan dan penginapan sepanjang kembaranya di Sarawak.

Rahim Yusof Pengembara solo Kembara Jalur Gemilang

 ??  ?? TIDAK DILUPA: Rahim menunjukka­n tanda bagus selepas ketibaanny­a di Miri kelmarin dalam siri Kembara Jalur Gemilang yang mendapat layanan mesra rakyat Sarawak.
TIDAK DILUPA: Rahim menunjukka­n tanda bagus selepas ketibaanny­a di Miri kelmarin dalam siri Kembara Jalur Gemilang yang mendapat layanan mesra rakyat Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia