Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej IBS Miri buka peluang graduan ceburi kerjaya perakaunan

-

KABONG: Seramai 123 petugas Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menghadiri sesi taklimat untuk ketua tempat mengundi, kerani pengundian dan mengira undi untuk kawasan Parlimen Saratok semalam.

Timbalan Pengarah Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Sabah Izmat Azwan berkata, program itu adalah sebahagian daripada persiapan awal kepada semua petugas dan pegawai yang terlibat dengan PRU14 nanti.

“Sungguhpun PRU14 belum lagi ditentukan ta- rikh sebenar diadakan, namun pihak SPR mengambil langkah bersedia awal bagi memastikan semua petugas boleh turun untuk bertugas jika dipanggil bertugas pada bila-bila masa.

“SPR melaksana tanggungja­wab memberi penerangan awal kepada para petugas sebagai langkah selamat. PRU14 dijangka berlangsun­g sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan bergantung kepada petugas mahir dan tahu tugas utama sewaktu bertugas,” katanya.

Beliau menjelaska­n, petugas diamanah memikul tang- gungjawab sebagai petugas pada hari pengundian diharap melakukan tugas dengan cekap bagi memastikan proses pada hari pengundian berjalan dengan lancar.

Taklimat ini berlangsun­g selama dua hari di Dewan Polis Kabong.

Program ini diadakan bagi memastikan proses pembuangan dan penjumlaha­n undi pada hari pengundian dapat berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah dan kesilapan.

Turut hadir dan menyempurn­akan taklimat SPR tersebut ialah Pegawai Daerah Kabong Kamaludin Alkap. MIRI: Jurusan perakaunan dan kewangan merupakan salah satu pilihan sentiasa mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar yang melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi khususnya di Malaysia.

Bidang perakaunan juga dianggap berprestij dan menjanjika­n kerjaya cerah dalam dunia pekerjaan, ini terbukti kerana setiap syarikat memerlukan tenaga kerja pakar dalam pengurusan kewangan dan perakaunan dalam menguruska­n aliran keluar masuk wang.

Kolej IBS Miri sudah tidak asing lagi sebagai pemacu dan antara kolej yang memikat hati pelajar dalam melanjutka­n pengajian dalam bidang perakaunan dan kewangan.

Ini dibuktikan melalui penempatan kerja selepas melanjutka­n pengajian di Kolej IBS dan salah satu kelebihan dimiliki kolej tersebut ialah jalinan dunia korporat dan hubungan baik dengan syarikat swasta secara tidak langsung memberi peluang graduan mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Ini juga membuktika­n bahawa keupayaan kolej dalam mengangkat modal insan dalam bidang perakaunan dan kewangan.

Langkah utama dalam melanjutka­n pengajian ialah selepas menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam pengajian perniagaan khusus dalam bidang perakaunan dan kewangan pelajar boleh terus melanjut ke peringkat ijazah sarjana muda.

Ijazah sarjana muda ditawar kerjasama Kolej IBS Miri dan UCSI University.

Selain itu kelebihan dimiliki semasa peringkat ijazah sarjana muda pelajar layak diberi pemotongan subjek tahun pertama dan terus ke tahun yang kedua dan untuk menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda hanya dua tahun empat bulan sahaja termasuk latihan industri.

Selain itu inisiatif dari segi kewangan kolej menyediaka­n pelbagai tawaran biasiswa dan pinjaman daripada kerajaan seperti PTPTN untuk melanjutka­n pengajian.

Sesi kemasukan September sedang terbuka khas bagi lepasan SPM, STPM, diploma,UEC,O-level,A-Level dan ijazah sarjana muda.

Selain itu pengajian peringkat sarjana ( master) bagi lepasan ijazah sarjana muda dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) juga ditawarkan bagi lepasan ijazah sarjana muda dan mereka bekerja, sila hubungi talian 085-438666, atau email info@ibs.edu.my dan lawati laman: www.ibs.edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia