Utusan Borneo (Sarawak)

Bina, naik taraf sekolah daif tahun depan

K’jaan kenal pasti sekolah akan dibina dengan keutamaan kepada kawasan yang perlu

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan negeri dijangka akan membina baharu serta menaik taraf sekolah- sekolah daif di seluruh negeri ini bermula tahun depan.

Menurut Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, pihaknya kini sedang mengenal pasti sekolah yang akan dibina dengan keutamaan kepada kawasan yang perlu.

“Kita akan membina 100 sekolah dahulu untuk menyelesai­kan masalah sekolah daif di Sarawak, di mana kerajaan negeri akan menggunaka­n dana sendiri,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat XPDC Siswa Kenyalang 1.0 di Kampung Salak dekat sini semalam.

Dr Annuar berkata terdapat 1,020 sekolah di Sarawak yang kini diklasifik­asikan sebagai daif.

Tambahnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 400 sekolah adalah daif tahap tiga, di mana strukturny­a tidak begitu selamat, sudah berusia lebih 50 tahun dan dibuat daripada kayu.

“Sekolah daif tahap tiga ini akan kami beri keutamaan, sesetengah­nya tidak perlu bina baharu, cuma naik taraf sahaja dan sebab itu kami sedang meneliti keperluan tersebut termasuk dari segi peruntukan diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Dr Annuar juga berkata rancangan untuk mencantumk­an Sekolah Kurang Murid (SKM) di negeri ini juga dijangka mula dilaksanak­an bermula tahun depan.

Katanya sebanyak 127 sekolah di negeri ini telah dikenal pasti sebagai SKM, yang memerlukan ia dicantumka­n.

“Masalah di Sarawak adalah terlalu banyak SKM iaitu mempunyai kurang daripada 150 pelajar.

“Sebab itu, pencantuma­n ini bukan sebab kita hendak mencantumn­ya serta-merta tetapi banyak faktornya seperti dari segi infrastruk­tur yang dapat kita kumpulkan dan guru dapat kita satukan untuk memberi opsyen pengajaran yang lebih baik kepada pelajar,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Annuar turut mengumumka­n sumbangan sebanyak RM5,000 masing- masing kepada JKKK Kampung Salak dan Halaqah Kemajuan Muslim Sarawak (HIKAM) untuk menjalanka­n program pada masa akan datang.

Program XPDC Siswa Kenyalang 1.0 yang di-

Kita akan membina 100 sekolah dahulu untuk menyelesai­kan masalah sekolah daif di Sarawak, di mana kerajaan negeri akan menggunaka­n dana sendiri. Dr Annuar Rapa’ee Menurut Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi

jalankan pada 17 hingga 20 Ogos ini di Kampung Salak, adalah melibatkan 70 siswa siswi anak Sarawak daripada lebih 10 universiti dari dalam dan luar negara serta disertai lebih 100 isi rumah masyarakat Kampung Salak.

Program ini julung kalinya dianjurkan oleh HIKAM untuk menggemble­ng siswa siswi anak Sarawak yang sedang kembali bercuti untuk terlibat sama secara sukarela dalam gerak kerja kemajuan dan kebajikan masyarakat.

Bertemakan ‘Bakti Kepada Rakyat’, program berkenaan adalah berkonsepk­an keluarga angkat dengan menempatka­n para peserta ke dalam keluarga-keluarga angkat di Kampung Salak ketika sepanjang program berlangsun­g.

Di samping menyelami kehidupan seharian masyarakat setempat, mereka akan turut berkongsi maklumat dan pengalaman sebagai motivasi dan inspirasi buat keluarga angkat masingmasi­ng.

 ??  ?? SEKOLAH DAIF: Dr Annuar (dua kanan) berkesempa­tan melawat SK Salak yang sebahagian daripada strukturny­a sudah daif.
SEKOLAH DAIF: Dr Annuar (dua kanan) berkesempa­tan melawat SK Salak yang sebahagian daripada strukturny­a sudah daif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia