Utusan Borneo (Sarawak)

Guna baucar pakaian seragam Yayasan Sarawak sebelum luput tarikh

-

MIRI: Baucar bantuan pakaian seragam Yayasan Sarawak yang diagihkan kepada pelajar harus digunakan dalam tempoh tiga bulan ini.

Penolong Pengarah (Seksyen Bayaran Balik) Pusat Pembanguna­n Pendidikan Yayasan Sarawak Ismallia Bohari menasihati ibu bapa supaya segera menggunaka­n baucar sebelum tempoh sah laku pada 30 November.

“Selepas tarikh tersebut, baucar tidak lagi boleh diguna,” jelas beliau pada Majlis Penyerahan Baucar di Dewan Kampung Beraya Bakam semalam.

Majlis disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, yang merupakan inisiatif kerajaan negeri memastikan kebajikan rakyat diutamakan.

Program mendapat kerjasama Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.

Beliau yang hadir mewakili Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata, baucar hanya laku atau boleh digunakan di kedai atau premis menjual pakaian seragam di seluruh Sarawak.

Jelasnya, ibu bapa harus memastikan kedai tertera iklan yang menerima baucar pakaian seragam Yayasan Sarawak.

“Jika tiada iklan yang dimaksudka­n, maka kedai atau premis tersebut bukanlah kedai atau premis berdaftar.

“Maknanya baucar pakaian seragam tidaklah dapat digunakan di kedai atau premis berkenaan,” jelasnya.

Ismallia memberitah­u, senarai penerima diperolehi daripada data bantuan eKasih Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau meminta ibu bapa memanfaatk­an bantuan tersebut dan tidak disalah guna bagi memastikan anak mereka bersekolah dalam keadaan selesa.

Seramai 125 pelajar daripada 10 sekolah di DUN Lambir menerima bantuan itu semalam iaitu RM200 setiap seorang.

Mereka merupakan pelajar daripada tiga sekolah menengah iaitu SMK Riam, SMK Taman Tunku, SMK Agama dan tujuh sekolah rendah iaitu SK Temenggung Datuk Muip, SK Riam Batu Dua, SK Lambir Village, SK Kampung Beraya, SK Kpg Bakam, SJK Tukau dan SJK Chung Hua Bakam.

Mereka juga merupakan antara 1,207 pelajar dari seluruh Miri yang menerima bantuan ini tahun ini.

Ismallia berkata, sejak 2000 hingga 2016, seramai hampir 600,000 pelajar mendapat manfaat daripada program berkenaan.

Setiap tahun Yayasan Sarawak memperuntu­kkan RM2 juta untuk pembelian sepasang pakaian seragam, kasut dan beg sekolah dengan kadar RM100 setiap seorang.

“Ini bermakna sejak ban- tuan ini mula diperkenal­kan, Yayasan Sarawak sudah membelanja­kan lebih kurang RM32 juta,” jelasnya.

Beliau menambah, jumlah meningkat dua kali ganda bermula tahun ini kerana kerajaan negeri berasakan kos pembelian semakin meningkat.

Dalam pada itu, Ripin berharap bantuan akan terus diagihkan untuk membantu ibu bapa kurang mampu mendapatka­n barang keperluan sekolah anak- anak mereka.

Bantuan sebagai motivasi kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah sekali gus menerima pendidikan yang akan mengubah corak hidup mereka pada masa depan.

 ??  ?? BAUCAR PAKAIAN: Ripin menyaksika­n penyerahan simbolik baucar pakaian seragam Yayasan Sarawak daripada Ismallia kepada Pegawai Pendidikan Daerah Miri Dr Hassan Hasbollah (empat kanan) di dewan Kampung Beraya semalam.
BAUCAR PAKAIAN: Ripin menyaksika­n penyerahan simbolik baucar pakaian seragam Yayasan Sarawak daripada Ismallia kepada Pegawai Pendidikan Daerah Miri Dr Hassan Hasbollah (empat kanan) di dewan Kampung Beraya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia