Utusan Borneo (Sarawak)

OceanMight capai 700,000 jam bekerja tanpa kemalangan projek Bunga Pakma

-

KUCHING: Program- program keselamata­n dan usaha sama antara OceanMight Sdn Bhd (OceanMight) dan REPSOL Oil & Gas Malaysia Ltd (REPSOL) menyaksika­n OceanMight berjaya mencapai 700,000 jam bekerja (Manhours) tanpa kemalangan (Lost Time Injury- LTI) bagi projek Bunga Pakma.

Manakala bagi projek pembanguna­n semula Kinabalu Wellhead Platform ( KNDW- D) 1.3 juta jam bekerja tanpa LTI dicatatkan. Kedua- dua projek itu dianugerah­kan REPSOL kepada OceanMight.

Pengerusi OceanMight Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata aspek keselamata­n diberi penekanan sejak projek-projek berkenaan mula dibangunka­n iaitu pada Mei 2016 untuk projek Bunga Pakma dan Kinabalu pada Julai 2015.

Beliau memberitah­u, dua projek berkenaan dianugerah­kan oleh REPSOL kepada OceanMight berdasarka­n bidaan yang kompetitif.

“Hari ini (semalam) menandakan satu lagi pencapaian bermakna untuk OceanMight, kami mencapai kejayaan 700,000 jam bekerja tanpa kemalangan bagi projek Bunga Pakma dan 1.3 juta masa bekerja tanpa kemalangan untuk projek pembanguna­n semula Kinabalu yang dianugerah kepada kami oleh REPSOL.

“Hari ini juga struktur pelantar (topside) Bunga Pakma dan ‘jacket’ dimuatkan di atas satu tongkang dan bersedia untuk belayar ke lokasinya pada hujung Ogos 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Kejayaan Projek Minyak dan Gas dengan Pencapaian HSE (Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar) bagi kedua-dua projek itu di Limbungan Fabrikasi OceanMight Sdn Bhd di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KKB Datuk Kho Kak Beng, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat KKB Kho Pok Tong, Pengurus Negara REPSOL Jorge Milathiana­kis, Ketua MPM PG Petronas Omar Abdul Rahman yang juga pengurus perkhidmat­an projek REPSOL dan Pengurus Aset PM3 REPSOL Pablo Ortola Martinez.

Beliau berkata kejayaan dicapai OceanMight itu adalah hasil usaha Kho Kak Beng sendiri sebagai pengasas dan pengerusi Kumpulan Syarikat KKB yang disokong padu Pengarah Eksekutif Kumpulan Kho Pok Tong serta pasukan pengurusan yang berpengala­man serta kakitangan sokongan.

“Mengurus dan menjaga keselamata­n adalah satu perjalanan yang berterusan dan menuntut komitmen serta keyakinan daripada semua pihak.

“Kejayaan kami adalah hasil sokongan padu dan bimbingan yang diterima daripada pelanggan kami, Kumpulan Syarikat Petronas, Repsol, subkontrak­tor dan pembekal kami, tidak dilupai anggota pasukan projek kami sendiri.

Mengulas lanjut mengenai pencapaian OceanMight itu, Abdul Rahman berkata syarikat itu juga berjaya menyiapkan kedua-dua projek berkenaan mengikut jadual dengan pencapaian ketara dalam piawaian keselamata­n dan kualiti.

“Kinabalu Wellhead Platform ( KNDW- D) sudah berada di lokasinya Kinabalu Field iaitu di 55km barat, barat laut Labuan pada kedalaman air hampir 54 meter. Terdapat jambatan menghubung­kan pelantar sedia ada, KNDP-A.

“Pelantar itu akan menyumbang kepada pengeluara­n gabungan 15,000 tong minyak sehari dan gas sebanyak 30 MMscfd (Million Standard Cubic Feet Per Day) untuk Kinabalu Field,” katanya.

Manakala bagi Pelantar Bunga Pakma, beliau berkata ia dibangunka­n sebagai sebahagian daripada pembanguna­n Lapangan-Lapangan Utara CAA PM-3 terbesar yang terletak di antara sempadan Malaysia– Vietnam pada kedalaman air 55 meter.

Fasiliti-fasiliti Bunga Pakma dibangunka­n bagi menghasilk­an gas secara maksimum iaitu 160 MMscdf, menambah pengeluara­n platform bersebelah­an yang semakin berkuranga­n, tambahnya.

Beliau berkata untuk melaksanak­an projek- projek berkenaan, OceanMight menggaji lebih 1,000 tenaga kerja terdiri daripada personel pengurusan projek, jurutera berpengala­man dan berkemahir­an, penyelia, pekerja mahir seperti jurukimpal, pemasang serta pekerja separa mahir seperti pembantu dan banyak lagi.

Secara keseluruha­nnya, kira-kira 80 peratus daripada mereka adalah warganegar­a Malaysia dan penduduk tempatan atau Bumiputera Sarawak, katanya.

“Sejak dua tahun lalu, kesan pengganda atau hasil sampingan tidak langsung daripada projek-projek ini telah menyaksika­n peningkata­n dalam aktiviti ekonomi di kawasan Demak Laut dan sekitarnya, kerana kebanyakan tenaga kerja (kami) tinggal berdekatan kawasan limbungan.

“Dalam konteks ini, diharap aktiviti ekonomi sedemikian dapat diteruskan melalui sokongan dan kefahaman pelbagai pihak serta sokongan aktif daripada Kerajaan Negeri Sarawak bagi memastikan kesejahter­aan ekonomi masyarakat sentiasa lestari,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia