Utusan Borneo (Sarawak)

Air di beberapa kawasan rendah Medamit, Batu Danau makin surut

-

LIMBANG: Beberapa kawasan dinaiki air khususnya di kawasan rendah Medamit dan Batu Danau sebelum ini akibat hujan lebat turun sebelah petang dan malam beransur surut semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan ( PA) Mahathir Mohd Isa berkata hujan lebat yang turun sejak seminggu lalu menyebabka­n paras air sungai naik mendadak di beberapa kawasan meliputi Medamit Limbang serta kawasan Trusan, Sundar dan Merapok di daerah Lawas.

“Semua kawasan yang dinaiki air sejak hujan turun bermula 12 hingga 14 Ogos lepas sudah surut di semua kawasan meliputi Medamit, (Limbang), Trusan-Sundar dan Merapok di Lawas.

“Paras air sungai Limbang pun berada di paras normal,” katanya kepada media semalam.

Bagaimanap­un, katanya kerja pemantauan masih djalankan anggotanya di lokasi berisiko banjir meskipun keadaan masih terkawal.

Jelasnya anggota juga sedang bersiap siaga bila-bila masa berdepan musibah banjir khususnya pada cuaca hujan sekarang. LIMBANG: Berdepan risiko digigit serangga berbisa, namun ia tidak menghalang komitmen anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, ( JBPM) Zon Limbang menjalanka­n khidmat khas memusnahka­n sarang tebuan di daerah ini barubaru ini.

Operasi dijalankan di dalam stor Taman Cahaya Sibukang oleh Pasukan Charlie diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Mohamad Ali Mohd Salleh bersama anggotanya lain.

Operasi memusnah sarang tebuan dilakukan di dalam stor menggunaka­n pakaian khas yang menutup keseluruha­n anggota badan.

Katanya meskipun berpengala­man mengendali­kan operasi sama, namun pihaknya tetap berhati- hati ketika mengendali­kan operasi tersebut.

Operasi dijalankan pada waktu malam kerana waktu siang tebuan masih aktif dan dibimbangi ia menyengat orang ramai berhampira­n.

 ??  ?? KHIDMAT KHAS: Anggota bomba memusnahka­n sarang tebuan di dalam stor Taman Cahaya, baru-baru ini.
KHIDMAT KHAS: Anggota bomba memusnahka­n sarang tebuan di dalam stor Taman Cahaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia