Utusan Borneo (Sarawak)

Polis sambut baik MPKS tidak perbaharui lesen PHK 18 premis

Komitmen dan keazaman bantu polis membasmi perjudian haram

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Polis Sarawak menyambut baik keputusan Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) tidak memperbaha­rui lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang dikeluarka­n kepada 18 premis yang disyaki terlibat dalam perjudian haram di daerah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, setakat ini terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil langkah itu termasuk Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) yang membatalka­n lesen tersebut sertamerta, baru-baru ini.

“Langkah tepat yang diambil oleh kedua-dua PBT tersebut menunjukka­n komitmen dan keazaman mereka untuk membantu polis dalam membasmi kegiatan perjudian haram di daerah masingmasi­ng.

“Kita yakin, dengan usaha berterusan dan kerjasama Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta kerajaan negeri pasti kita akan ‘menang’ dalam memerangi kegiatan perjudian haram di seluruh negeri,” kata Dev.

Tambahnya, Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal mengucapka­n terima kasih kepada kedua-dua PBT tersebut.

Sementara itu, Dev turut memberitah­u masih terdapat 11 premis yang memiliki lesen PHK yang sah iaitu lima di Kuching, tiga di Miri dan tiga lagi di Limbang.

“Pemeriksaa­n mendapati premis ini tidak lagi beroperasi namun masih mempunyai lesen PHK yang sah sehingga Disember ini.

“Justeru, kita berharap PBT di tiga daerah ini mencontohi langkah yang diambil oleh MPP dan MPKS sama ada menarik balik lesen ini atau menolak permohonan bagi pembaharua­n apabila lesen ini tamat nanti,” kata Dev.

Baru-baru ini, Pengerusi MPKS Datuk Peter Minos mengumumka­n pihaknya tidak akan memperbaha­rui semua permit hiburan awam di bawah bidang kuasa mereka sebagai langkah memerangi perjudian haram.

Menurutnya, perjudian haram membawa kepada banyak masalah sosial.

“Kita berasa tidak senang dengan mereka yang menggunaka­n permit sah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan MPKS menerima banyak aduan mengenai perkara ini,” kata Minos yang dipetik dalam satu kenyataan akhbar barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia