Utusan Borneo (Sarawak)

Kes lelaki kudung dituduh miliki dadah disebut lanjut 12 September

-

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 12 September depan untuk sebutan lanjut kes seorang lelaki kudung yang dituduh memiliki dadah.

Manakala tertuduh diperintah­kan supaya dibebas dengan jaminan tunai RM4,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Sim Ah Hock, 50, dari Lorong 9 Krokop di sini telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh memiliki dadah berbahaya jenis syabu seberat 10.12 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 10 pagi, 8 Ogos lalu di rumahnya di Lot1140 Lorong 9 Krokop di sini.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan salah tertuduh dire- kodkan.

Terdahulu, pegawai pendakwa memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes memandangk­an laporan kimia berhubung barang kes masih belum siap.

Sementara itu, dua lagi suspek yang merupakan pasangan anak-beranak dan ditangkap bersama suspek diperintah­kan mahkamah supaya dibebas tanpa syarat.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia