Utusan Borneo (Sarawak)

SSC anjur jerayawara berbasikal di beberapa bandar utama Sarawak

-

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) akan menganjurk­an siri jerayawara berbasikal meliputi beberapa bandar utama seperti Kuching, Sibu, Miri, Serian dan Sri Aman.

Lokasi pertama jerayawara berkenaan adalah Sibu yang akan diadakan pada 19 Ogos ini bertempat di Dataran Bandar Sibu.

Objektif utama jerayawara berkenaan adalah untuk mencungkil bakat baharu selain sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Sarawak (SukSar) yang akan diadakan pada pertengaha­n Disember 2017.

Dengan misi membentuk skuad berbasikal terkuat untuk menghadapi kempen SUKMA 2018 di Perak dan kejohanan peringkat antarabang­sa, SSC akan memanfaatk­an sepenuhnya jerayawara tersebut untuk mengumpul bakat- bakat muda selain menarik minat golongan belia terhadap sukan berbasikal.

Jerayawara bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang itu padat dengan pelbagai aktiviti seperti pengenalan sukan berbasikal dan sesi praktikal dan demonstras­i untuk pengecaman bakat (TID).

Ia dikendalik­an oleh ketua jurulatih berpengala­man kelahiran Afrika Selatan, Leon Scheper sambil dibantu tiga penolong jurulatih dan beberapa jurulatih di Sibu untuk mencari pelumba berpotensi yang akan diserap dalam skuad bayangan SUKMA Sarawak.

Pejabat Residen Sibu turut terlibat sama menganjurk­an program berkenaan yang dijangka mendapat sambutan hangat dari warga Sibu.

“Kita akan memantau atlet berpotensi dan membentuk mereka menjadi juara melalui program latihan.

“Saya yakin dapat mencari ramai bakat dari pelbagai disiplin seperti BMX, basikal bukit termasuk pelumba trek,” ujar Leon yang pernah berkhidmat di negara seperti Kanada, Australia dan China.

Selepas di Sibu, jerayawara berkenaan akan bergerak di Miri pada 26 Ogos disusuli di Sri Aman, Serian dan Kuching.

 ??  ?? JOM SERTAI KAMI: Leon (dua kanan) bergambar bersama (dari kiri) Penolong Jurulatih Laurel Lauridsen Adrian, Aidwin Aidan Wing, Koordinato­r Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Linda Ling dan Mrtle Patricia Wilken (kanan) yang akan terlibat dalam sesi TID.
JOM SERTAI KAMI: Leon (dua kanan) bergambar bersama (dari kiri) Penolong Jurulatih Laurel Lauridsen Adrian, Aidwin Aidan Wing, Koordinato­r Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Linda Ling dan Mrtle Patricia Wilken (kanan) yang akan terlibat dalam sesi TID.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia