Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beradik juara pingpong Terbuka WIB

-

KUCHING: Pasangan adikberadi­k Samson Tay dan Sammi Tay dari pasukan Kelab Sukan Extreme muncul johan Pertanding­an Pingpong Beregu Terbuka WIB yang berakhir Sabtu lepas di Dewan Sri Merpati, Institut Kemahiran MARA Kuching.

Wakil dari Persatuan Pingpong Bahagian Betong itu menewaskan pencabar Mark dan Gabriel dari CSL Club dengan tiga set 11-8, 12-10 dan 11-6 untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM400, piala, medal dan plak.

Manakala, Mark dan Gabriel berpuas hati meraih hadiah wang tunai, medal dan plak.

Tempat ketiga dirangkul turut dirangkul Joel Cheng/ Louis Chung juga dari Kelab Sukan Extreme manakala wakil dari Entikong, Indonesia, Ari/Rama di tempat keempat.

Pemenang tempat kelima hingga kelapan termasuk Wan Hashim/Awang Khairuddin ( WIB), Steward/ Ghafar, Brendan Tan/ Cody Ting dan Mohd Alif Chung/Peter Jong.

Hadiah disampaika­n oleh Pengerusi Kelab WIB, Ramzi Abdillah.

Terdahulu dalam ucapan- nya, Ramzi berkata objektif utama penganjura­n pertanding­an itu untuk meningkatk­an pemain pingpong di kalangan pemain bumiputera dan bukan bumiputera khususnya di Bahagian Kuching dan umumnya untuk seluruh Sarawak.

“Penganjura­n kejohanan ini juga bertujuan mengeratka­n hubungan dan menjalinka­n jaringan di antara pemain pemain pingpong yang ada di Sarawak.

“Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan kelab ping- pong WIB untuk tahun 2017 dalam memberi pendedahan kepada pemain pemain yang baru untuk meningkatk­an permainan,” beliau berucap.

Menurut, kejohanan bertemakan ‘Pingpong Untuk Semua’ diharap dapat membuka ruang untuk semua lapisan masyarakat sama-sama merasai permainan tersebut.

Sebanyak 64 kelab-kelab sekitar Kuching, Serian, Sibu dan Entekong, Indonesia menyertai kejohanan tersebut.

 ??  ?? TAHNIAH: Ramzi (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
TAHNIAH: Ramzi (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia