Utusan Borneo (Sarawak)

KL2017: Semua atlet harus jalani ujian doping

-

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayang Nurfaizah Awang Dowty yang menggalas tanggungja­wab menyanyika­n lagu tema Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, ‘ Bangkit Bersama’ pada acara pembukaan Sabtu ini berazam memberi ‘nyawa’ kepada lagu itu dan berharap ia dapat dijiwai setiap rakyat Malaysia.

Menyifatka­n tugas itu peluang sekali seumur hidup, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata lagu ‘Bangkit Bersama’ bukan sekadar lagu tema tetapi juga suntikan semangat buat rakyat untuk terus memberi sokongan kepada atlet-atlet negara yang bakal bertanding dalam temasya kali ini.

“Impian saya hanyalah untuk memberikan yang terbaik dan berharap setiap penonton menjiwai pengisian lagu tersebut,” katanya kepada Bernama.

Hasil sentuhan komposer Datuk Ramli M.S, lirik lagu ‘Bangkit Bersama’ adalah gabungan idea rakyat Malaysia yang disumbangk­an menerusi medium terbuka iaitu Facebook, Twitter, Instagram dengan menggunaka­n #laguKL2017 sejak Mei lepas.

Pelancaran lagu ini juga melengkapk­an tiga lagu tema yang dicipta bersempena temasya sukan itu iaitu Tunjuk Belang nyanyian monoloQue, Azlan dan maliQue; serta ‘So Many Hands’ dendangan Miq Palencia untuk iklan rasmi edisi ke29 ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dijadual merasmikan upacara pembukaan KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini yang dijangka dihadiri 80,000 penonton. — Bernama KUALA LUMPUR: Tiada atlet Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ( KL2017) termasuk beberapa orang kenamaan ( VIP) yang akan mengambil bahagian dalam temasya dwitahunan itu, dikecualik­an daripada ujian dadah.

Ketua Jawatankua­sa Perubatan dan Anti- Doping KL2017 Datuk Dr S. S. Cheema berkata pegawai perubatan telah dilatih untuk mengendali­kan mereka.

“Sama ada anda orang kenamaan, atau hanya orang biasa, sistem itu harus diikuti,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Perubatan dan Anti- Doping Persekutua­n Sukan SEA ( SEAGF) di sini semalam.

KL2017 akan menyaksika­n penyertaan golongan kerabat diraja antaranya termasuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang akan menyertai skuad ekuestrian negara acara kuda lasak serta Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan Puteri Azemah Niímatul Bolkiah yang akan berdepan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam tm acara polo.

“Kerana mereka tahu, sesiapa yang menolak, ( boleh dianggap) positif,” katanya.

Berhubung mesyuarat yang diadakan serentak dengan Peraturan dan Sukan SEAGF serta Jawatankua­sa Wanita dan Sukan, Cheema berkata semua negara peserta KL2017 menghadiri mesyuarat itu dan diberi taklimat mengenai perkhidmat­an perubatan yang disediakan Malaysia.

Beliau berkata delegasi juga diberi penerangan mengenai komitmen Malaysia untuk menjadikan KL2017 sebuah Sukan SEA yang bebas dadah, dengan melakukan lebih banyak ujian dadah berbanding Sukan SEA Singapura.

Mesyuarat semalam turut membincang­kan isu berhubung KL2017 dan akan menyediaka­n cadangan kepada jawatankua­sa eksekutif SEAGF.

Jawatankua­sa eksekutif kemudian akan mengkaji semula dalam mesyuarat yang akan diadakan hari ini sebelum mengemukak­an kepada majlis SEAGF yang akan memutuskan perkara itu dalam mesyuarat hari ini. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia