Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad memanah beri emas kedua, ketiga negara

Malaysia raih dua emas acara memanah compound berpasukan wanita, lelaki pada temasya Sukan SEA

-

KUALA LUMPUR: Malaysia memenangi pingat emas kedua dan ketiga semalam menerusi acara memanah compound berpasukan wanita dan lelaki temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Kedua- dua pasukan itu sekali gus mempertaha­nkan emas yang dimenangi di Singapura pada 2015.

Pasukan wanita Malaysia merangkul emas semalam selepas menewaskan Vietnam, 253-252 dalam perlawanan mendebarka­n di Padang Sintetik, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di sini.

Pasukan memanah compound lelaki Malaysia kemudian menambah pingat emas selepas menewaskan Singapura 228-222.

Malaysia memungut emas sulung Sukan SEA ke- 29 melalui skuad chinlone lelaki dalam acara event 3 (linking), pada Rabu.

Pasukan wanita negara pada pertanding­an akhir itu terdiri daripada Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Saritha Cham Nong manakala Vietnam diwakili Chau Kieu Oanh, Le Ngoc Huyen dan Thi Nha Le Nguyen.

Malaysia meraih raih kemenangan apabila pabila Saritha membuatbua­t panahan denganan 10 mata penuh pada pusingan shoot off selepas terikat at 225.

“Ketika itu saya hanya fikir apa yang j jurulatih beritahu serta sokongan daripada rakan sepasukan,” katanya kepada media selepas perlawanan tamat. Fatin Nurfatehah dan Nurul Syazhera pula bersyukur selepas segal segala usaha yang dilakukan ket tika latihan m membuahkan h hasil di hari pertanding­an. P i n g a t gangsa acara itu jatuh ke kepada Indonesia yang menundukka­nd kk Thailand 225-222. Malaysia yang mendapat bye di pusingan suku akhir, menewaskan Thailand dengan mata 227-219 untuk ke final bertemu Vietnam.

Skuad compound lelaki negara diwakili Mohd Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan dan Lee Kin Lip pula menundukka­n Ang Han Teng, Lee Chung Hee dan Pang Toh Jin dari Singapura.

Mohd Juwaidi berkata panahan semalam agak bagus namun ada sedikit perasaan gemuruh disebabkan keadaan ketika latihan dan hari pertanding­an sedikit berbeza.

“Biasanya kalau latihan dapat 10 mata adalah normal tapi ketika pertanding­an bias- anya lapan dan sembilan mata. Keadaan di lapangan pertanding­an biasanya agak tegang sedikit,” kata Mohd Juwaidi kepada pemberita.

Gangsa acara itu diraih pasukan Filipina yang menewaskan Vietnam 233-230.

Pasukan compound negara berharap menambah pungutan pingat emas melalui acara compound berpasukan campuran yang akan disertai Mohd Juwaidi dan Fatin Nurfatehah hari ini.

Di saingan suku akhir, Malaysia menewaskan Laos 234205 untuk mara ke separuh akhir bertemu Vietnam seter-

Penganjura­n pertanding­an ini agak mencabar kerana kurangnya penyertaan berbanding tahun lepas. Saritha Cham Nong Atlet memanah

usnya menang 29-27 selepas terikat 227 sama, untuk ke final.

Semalam, skuad memanah negara meraih satu pingat perak melalui acara compound individu lelaki melalui Mohd Juwaidi dan pingat gangsa compound individu wanita sumbangan Fatin Nurfatehah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PRESTASI CEMERLANG: Pasukan memanah wanita negara (dari kiri) Fatin, Saritha dan Nurul Syazhera menunjukan pingat emas yang dimenangi di Padang Sintetik Bukit Jalil, Bandar Sukan Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PRESTASI CEMERLANG: Pasukan memanah wanita negara (dari kiri) Fatin, Saritha dan Nurul Syazhera menunjukan pingat emas yang dimenangi di Padang Sintetik Bukit Jalil, Bandar Sukan Kuala Lumpur semalam.
 ??  ??
 ??  ?? PERTAHAN EMAS: Pasukan memanah negara bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (tengah) selepas memenangi pingat emas dalam acara compound berpasukan lelaki selepas kalahkan Singapura, 228-222 pada Sukan SEA Kuala Lumpur di Padang...
PERTAHAN EMAS: Pasukan memanah negara bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (tengah) selepas memenangi pingat emas dalam acara compound berpasukan lelaki selepas kalahkan Singapura, 228-222 pada Sukan SEA Kuala Lumpur di Padang...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia