Utusan Borneo (Sarawak)

Tuah lagu ‘Stone Cold’ Zylane tuai pingat pertama

-

KUALA LUMPUR: Percubaan pertama perenang negara Zylane Lee Yhing Huey dengan mempersemb­ahkan tarian dengan lagu berentak perlahan dan beremosi, membuahkan hasil apabila meraih pingat perak acara rutin solo bebas di Pusat Akuatik Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur Bukit Jalil.

Zylane, 25, yang mengenakan kostum merah hitam memilih lagu ‘ Stone Cold’ dalam versi Sepanyol nyanyian Kevin Vasquez, yang dipopulark­an penyanyi asal Demi Lovato.

Pada aksi semalam, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu berjaya memukau juri dengan meraih 74.7000 mata, ketinggala­n 0.3000 mata di belakang pemenang pingat emas Debbie Soh Li Fei dari Singapura.

Pingat gangsa dimenangi seorang lagi peserta Singapura, Miya Yong Hsing yang mengumpul 73.0333 mata.

Gerak tari dalam air yang dipersemba­hkan atlet negara itu, turut mendapat sorakan daripada para penonton yang memenuhi Pusat Akuatik Nasional untuk menyaksika­n acara renang berirama yang turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dan Ketua Kontinjen Negara Datuk Marina Chin.

“Sebelum ini apabila saya menyertai acara individu Sukan SEA, lagu dan pergerakan saya lebih tajam, ligat tapi kali ini lebih beremosi. Saya cuba tingkatkan rutin saya ke peringkat seterusnya.

“Jadi lagu ini lebih membuai perasaan dan sukar untuk diikuti dan saya ambil cabaran dan inilah keputusann­ya. Saya harap anda menyukainy­a,” katanya kepada pemberita.

Mengakui sedikit kecewa tidak dapat meraih pingat emas buat negara, namun beliau tetap berpuas hati dengan markah yang diperoleh kerana ia telah mencapai sasaran yang ditetapkan.

Katanya, saingan ternyata sengit kali ini kerana semua peserta telah menunjukka­n peningkata­n bukan saja peserta Singapura, tetapi juga dari Indonesia dan Thailand.

“Saya menangis kerana kecewa sebab saya memang mahukan emas untuk Malaysia. Beza 0.3 itu memang terlalu tipis untuk acara sub- jektif. Tapi mungkin pada pandangan juri, saya masih ada kelemahan,” katanya yang akan berganding­an dengan Gan Hua Wei dalam acara rutin teknikal duet hari ini.

Ditanya mengenai peluang meraih emas esok, Zylane yakin skuad renang berirama masih mempunyai kekuatan dalam acara berkenaan dan mampu menterjema­hkan kepada kilauan emas.

Sementara itu, pemenang pingat emas acara rutin solo bebas, Debbie yang ditemui berkata kemenangan kali ini berbaloi dengan usaha keras yang dilakukan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA kali ini.

“Kami sangat gembira memenangi pingat emas pertama untuk Singapura dan kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang menyokong kami, tidak lupa kepada persatuan dan keluarga di rumah.

“Walaupun saya rasa sedikit tertekan, tetapi saya mengambiln­ya sebagai positif dan gunakan ia sebagai motivasi diri daripada menjadikan saya lebih tertekan,” katanya.

Acara renang berirama menawarkan lima pingat emas dalam lima kategori iaitu rutin solo bebas, solo teknikal, duet bebas, duet teknikal dan bebas berpasukan. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PINGAT SULUNG: Yhing Huey terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila kalah tipis kepada atlet Singapura pada saingan akhir acara Solo Bebas Renang Berirama Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PINGAT SULUNG: Yhing Huey terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila kalah tipis kepada atlet Singapura pada saingan akhir acara Solo Bebas Renang Berirama Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia