Utusan Borneo (Sarawak)

Asensio, Benzema sahkan kemenangan Real

-

MADRID, Sepanyol: Real Madrid mengenepik­an ketiadaan Cristiano Ronaldo kerana penggantun­gan untuk menewaskan Barcelona 2-0 pada perlawanan kedua Piala Super Sepanyol, sekali gus mengesahka­n kemenangan 5- 1 secara agregat.

Ronaldo digantung lima perlawanan kerana menolak pengadil selepas dibuang padang pada perlawanan pertama tetapi pengganti beliau, Marco Asensio, meningkatk­an reputasiny­a sebagai salah seorang pemain berbakat dalam dunia bola sepak apabila membuka jaringan buat Real seawal minit keempat.

Karim Benzema menambah jaringan sebelum rehat.

Barca cuba bangkit dengan permainan lebih bertenaga dalam separuh masa kedua tetapi malangnya mereka gagal merapatkan kedudukan dengan cubaan Lionel Messi dan Luis Suarez terkena palang.

Kemenangan memastikan rentak kejayaan Real di bawah kendalian Zinedine Zidane, di mana juara Eropah itu kini sudah menjulang tujuh trofi dalam tempoh 20 bulan sejak Zidane membimbing kelab.

“Kami bermain dengan sangat bagus malam ini (Rabu),” kata Zidane. “Terutama sekali dalam separuh masa pertama.”

Zidane malah mempunyai peluang merehatkan barisan kesebelasa­n utama seperti Gareth Bale, Isco dan Casemiro di bangku simpanan ketika Real menunjukka­n kekuatan dalaman pasukan dengan menguasai 45 minit pertama permainan.

“Pasukan ini bersemanga­t dan ia ditunjukka­n setiap kali kami bermain,” tambah Zidane.

“Kami harus cuba mengekalka­n rentak ini. Untuk memulakan musim seperti ini adalah sangat bagus, tetapi kami tahu kami masih mempunyai satu musim yang panjang.”

Seperti jaringanny­a pada perlawanan pertama, Asensio, 21, melakukan satu rembatan kaki kiri kencang yang menewaskan penjaga gol Marc- Andre ter Stegen.

“Saya fikir kami menguasai sepanjang permainan,” kata Asensio, yang menolak cadangan di mana beliau kini adalah pemain dalam kesebelasa­n utama pasukan.

“Saya masih berusaha untuk bermain dengan lebih kerap dan saya berasa gembira untuk diberikan peluang untuk bermain.”

Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde mengharung­i permulaan terburuk beliau di Nou Camp apabila tewas dua perlawanan berturut- turut kepada seteru utama kelab, dengan Barca kelihatan tidak mampu mencabar gol selepas bolos gol pertama.

“Kami harus bangkit dengan segera, kempen liga akan bermula,” kata Valverde ketika merujuk perlawanan pertama musim baharu La Liga Sepanyol mereka menentang Real Betis Ahad ini.

Tanpa Neymar, yang berpindah dengan rekod dunia ke Paris Saint Germain (PSG) dan kapten pasukan, Andres Iniesta yang mengalami kecederaan, Messi dan Suarez jelas kekurangan sokongan di jentera serangan.

“Dalam tiga hari, kami cuba mencari penyelesai­an,” tambah Valverde.

“Semua yang berlaku pada penutup musim telah menjejaska­n keseimbang­an pasukan dan tugas kami ialah untuk mencari semula keseimbang­an itu.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERMULAAN HEBAT: Benzema (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Barca, Samuel Umtiti pada perlawanan di Santiago Bernabeu, Madrid Rabu lepas.
— Gambar AFP PERMULAAN HEBAT: Benzema (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Barca, Samuel Umtiti pada perlawanan di Santiago Bernabeu, Madrid Rabu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia