Utusan Borneo (Sarawak)

Van Dijk tidak akan dijual

-

LONDON, England: Pemain pertahanan Southampto­n, Virgil van Dijk, tidak akan dibenarkan meninggalk­an kelab pada pasaran perp in d a h a n pe m a i n se m a s a , menurut pengerusi kelab, Ra l p h Krueger R a b u lepas.

Van Dijk adalah sasaran untuk kelab Chelsea dan Liverpool selepas pemain pertahanan tengah itu menyerahka­n permohonan berpindah minggu lepas dalam usaha untuk merancang perpindaha­n sebelum pasaran perpindaha­n semasa berakhir 31 Ogos ini.

Southampto­n sudah meminta Liga Perdana untuk menyiasat satu dakwaan cubaan secara tidak sah Liverpool untuk membeli Van Dijk pada bulan Jun, menyebabka­n Liverpool secara terbuka menarik diri dari membeli pemain berusia 26 tahun itu. Tetapi pemain antarab an g s a Belanda itu mahu menyertai kelab yang lebih besar dan menjalani latihan secara berasingan dari skuad utama ketika cuba mendesak satu perpindaha­n. Krueger berazam untuk memastikan Southampto­n tidak terjejas dalam isu ini dan menjelaska­n Van Dijk tidak akan dibenarkan menentukan masa depannya sendiri di kelab. “Virgil tidak akan dijual pada pasaran perpindaha­n ini dan ia bukan isu peribadi,” kata Krueger.

“Ia bukan tentang beliau, ia tentang gambaran lebih besar, satu perubahan kepada Southampto­n.

“Musim panas pertama saya di sini, lima atau enam pemain keluar dan enam pemain baharu masuk, tidak termasuk pemain dari akademi kelab.

“Musim kedua, tiga keluar, tujuh yang masuk dan musim ketiga, lima masuk lima yang keluar.

“Sekarang seorang keluar dan dua masuk dan ini adalah apa yang kami mahukan.

“Kami mahu lebih matang, kami mahu sebuah pasukan yang mendapat keuntungan dan corak permainan yang lebih menarik dan kelab yang lebih mengeluark­an hasil untuk penyokong dan memberikan kami peluang untuk kembali beraksi di Eropah.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia