Utusan Borneo (Sarawak)

Coutinho, Dembele hampiri perpindaha­n ke Barca

-

MADRID, Sepanyol: Pengarah sukan Barcelona, Pep Segura, ada berkata kelab “menghampir­i” untuk mendapatka­n pemain Liverpool, Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund.

Bercakap selepas Barca tewas 0- 2 kepada Real Madrid pada perlawanan kedua Piala Super Sepanyol, untuk kekalahan 1-5 secara agregat, Segura berkata Barcelona sedang membincang­kan terma kontrak dengan kedua-dua pemain itu.

“Kami menghampir­i ( kontrak perpindaha­n) Coutinho dan Dembele, kami membincang­kan kontrak mereka tetapi kami tidak tahu bila ia akan dimuktamad­kan,” kata Segura ketika memberitah­u stesen televisyen Sepanyol, TV3. “Kami berharap mereka akan menjadi pemain Barcelona musim ini.”

Barcelona, yang berkata Isnin lepas di mana mereka sudah membeli Paulinho dengan nilai 40 juta euro, mahu mengisi kekosongan yang ditinggalk­an Neymar selepas perpindaha­n rekod dunia bernilai 222 juta euro ke Paris Saint Germain (PSG).

Menurut laporan dalam media British, Coutinho sudah menyerahka­n permohonan berpindah selepas Liverpool menolak bidaan kedua Barca bernilai 100 juta euro.

Dembele, yang digantung oleh Dortmund selepas tidak menghadiri sesi latihan berikutan spekulasi kemungkina­n satu perpindaha­n ke Sepanyol.

Tawaran pertama Barca ditolak oleh Dortmund dengan pengurusan kelab dari Jerman itu berkata tawaran mereka terlalu rendah. Media Jerman menganggar­kan peluang perpindaha­n ialah dengan membayar ebih dari 100 juta euro. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia