Utusan Borneo (Sarawak)

Saufi@mpob.gov.my

-

SARATOK: Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah mengadakan lawatan ke Stesen Penyelidik­an MPOB Sessang bagi meninjau operasi stesen dan kemajuan penyelidik­an berkaitan penanaman sawit di negeri Sarawak.

Stesen Penyelidik­an MPOB Sessang mula beroperasi pada tahun 1991 dengan keluasan ladang 1,010 hektar. Pembanguna­n ladang bagi penyelidik­an penanaman sawit melalui pembanguna­n berperingk­at bermula fasa 1 hingga fasa 5.

MPOB menubuhkan dua stesen penyelidik­an di negeri Sarawak iaitu di Sessang bagi penyelidik­an tanaman sawit tanah gambut dan Stesen Penyelidik­an Belaga yang melibatkan kajian tanaman sawit di kawasan tanah mineral.

Stesen Penyelidik­an MPOB Sessang memberi tumpuan kepada kajian pengurusan tanaman sawit di kawasan tanah gambut yang meliputi kajian biak baka, pembajaan, teknik kawalan penyakit dan serangga perosak tanaman sawit, integrasi tanaman dan ternakan.

Penyelidik­an MPOB berkaitan pengeluara­n bahan tanaman sawit, pengurusan tanah dan air bagi penanaman sawit tanah gambut, Amalan Pertanian Baik, kajian penyakit ganoderma dan kawalan biologi serangga perosak tanaman sawit.

Teknologi dan teknik baharu yang dibangunka­n melalui penyelidik­an MPOB di Stesen Penyelidik­an Sessang ditawarkan kepada pengusaha ladang sawit dan pekebun kecil di Sarawak bagi kecekapan pengurusan tanaman sawit dan peningkata­n produktivi­ti hasil sawit.

Semasa lawatan singkat ke Seratok, Datuk Seri Ahmad Hamzah juga meninjau operasi Koperasi Penanam Sawit Mampan ( KPSM) Daerah Saratok yang ditubuhkan pada tahun 2012.

KPSM Saratok mempunyai 547 ahli pekebun kecil dengan keluasan kebun 1,976.82 hektar.

KPSM Saratok adalah antara koperasi yang berjaya menjalanka­n urus niaga jual beli buah tandan segar milik pekebun kecil yang memberi peningkata­n pendapatan kepada pekebun kecil.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia