Utusan Borneo (Sarawak)

BANGI: MPOB melancarka­n sejumlah 18 teknologi dan sembilan perkhidmat­an baharu semasa Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi MPOB ke-23 (TOT 2017) pada awal bulan lalu.

-

Teknologi dan perkhidmat­an yang dilancarka­n m e l i p u t i aktiviti huluan, pertengaha­n dan hiliran industri sawit termasuk perlindung­an tanaman sawit; integrasi; p e r a l a t a n l a d a n g ; bioteknolo­gi; pengilanga­n dan pemprosesa­n; penggunaan biojisim sawit; tenaga hijau; pembuatan makanan haiwan; oleokimia dan pemakanan.

Majlis dirasmikan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong. Turut hadir Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Puan Zurinah Pawanteh; dan Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Mah berkata pengenalan teknologi dan inovasi ke dalam industri sawit akan memodenkan lagi industri itu di samping memperkuku­hkan kedudukan industri sawit di arena industri minyak dan lelemak global.

“Hari ini industri sawit merupakan antara penjana p e n d a p a t a n t e r b e s a r kepada negara. Tahun 2016 menyaksika­n eksport daripada industri ini berada pada RM67.6 billion. Kerajaan yakin prospek pertumbuha­n industri ini akan terus berkembang,” tambah beliau.

Beliau berkata industri sawit negara kini telah berusia 100 tahun dan telah berjaya mencatat prestasi yang memberangs­angkan dan kerajaan mahu industri ini terus berjaya untuk 100 tahun akan datang.

“Inovasi merupakan kunci untuk industri sawit negara terus kekal berperanan penting dalam pembanguna­n negara. Teknologi baharu yang diserapkan ke dalam semua rantaian aktiviti industri akan menjadikan industri sawit lebih efisien dan produktif seterusnya menjana pertumbuha­n dan peningkata­n hasil,” tambah beliau.

MPOB menganjurk­an seminar ini setiap tahun untuk melancarka­n teknologi dan perkhidmat­an MPOB kepada industri sawit dan usahawan untuk menggalakk­an mereka mengkomers­ialkan inovasi MPOB ini.

Seminar dan Pameran TOT MPOB telah menjadi p e r a n t a r a a n p e n t i n g dalam mempromosi­kan pengkomers­ialan teknologi dan perkhidmat­an MPOB. Sehingga akhir tahun 2016, MPOB telah menghasilk­an 608 teknologi dan 165 perkhidmat­an yang relevan untuk diguna pakai dan dikomersia­lkan oleh industri sawit dan usahawan.

Sehingga kini, kadar pengkomers­ialan teknologi dan perkhidmat­an MPOB adalah melebihi 30 peratus.

TOT 2017 turut menyaksika­n pertukaran memorandum perjanjian pengambila­n teknologi antara MPOB dan Lipochem Sdn Bhd; Banyan Agri Sdn Bhd; Bina Paint Marketing Sdn Bhd dan Kong Engineerin­g Co.

Lipochem Sdn Bhd mengambil teknologi MPOB untuk mengurangk­an bendasing yang terhasil berikutan proses menapis minyak sawit; Banyan Agri dengan teknologi menghasilk­an dedak berasaskan sawit; Bina Paint Marketing dengan teknologi pengklonan sawit; dan Kong Engineerin­g Co akan mengkomers­ialkan jentera pemungut buah tandan segar bergelar ‘Hydraporte­r’.

Cecair pencuci berasaskan sawit di bawah jenama Mahkota Ketua Eksekutif MATRADE, Dr.Mohd.ShahreenZa­inooreen Madros, Ketua Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud dan Timbalan Ketua Pengarah MPOB, Dr. Lim Weng Soon.

Lanzhou merupakan ibu kota Wilayah Gansu yang bertempat di koridor ‘Laluan Sutera’ di Barat Utara China. Lanzhou merupakan salah satu bandar utama yang mempunyai majoriti komuniti muslim di negara China serta pasaran untuk makanan halal yang besar. Bandar ini dikenal pasti sebagai salah satu fokus pembanguna­n oleh pihak Kerajaan China.

Sempena Lanzhou Fair, MPOB telah mempamerka­n produk berasaskan sawit dan sampel minyak dan buah sawit di bawah pavilion Malaysia untuk meningkatk­an kesedaran umum di Wilayah Gansu terhadap kebaikan dan kegunaan minyak sawit.

Selain itu, syarikat-syarikat Malaysia seperti FGV, Carotino dan Muhibah Palm Products juga dilancarka­n di TOT 2017 oleh Datuk Seri Mah.

Oleh kerana i anya diperbuat daripada bahan sawit, cecair pencuci Mahkota ini tidak merosakkan kulit dan juga mesra alam. Teknologi penghasila­n cecair pencuci MPOB ini telah dikomersia­lkan oleh Oxichem Resources Sdn Bhd.

Lebih 500 hadirin mewakili golongan profession­al, wakil industri sawit, jurutera, saintis dan pembangun teknologi membanjiri ibu pejabat MPOB, di sini menghadiri TOT 2017. turut serta dan mempamerka­n produk sawit keluaran Malaysia dalam Lanzhou Fair.

MPOB turut mengambil bahagian dalam satu sesi forum perdaganga­n yang dianjurkan oleh MIDA sempena Lanzhou Fair untuk menggalakk­an perdaganga­n minyak sawit ke wilayah Barat China.

MPOB diwakilli oleh P e n g a r a h B a h a g i a n Pembanguna­n Produk dan Khidmat Nasihat, Puan Rosidah Radzian. Dalam perbincang­an panel tersebut, beliau telah berkongsi maklumat mengenai pelbagai kebaikan minyak sawit bagi menarik perdaganga­n sawit serta pelaburan dalam produk hiliran sawit di Malaysia.

Lanzhou Fair dihadiri lebih 240,000 pengunjung terdiri orang awam serta ahli- ahli industri tempatan. Pameran sawit dalam Lanzhou Fair ini dilihat dapat meningkatk­an p e n g e t a h u a n s e r t a mengalakka­n penggunaan dan perdaganga­n sawit di Wilayah Barat China. MANILA: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) mensasarka­n eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke Filipina meningkat kepada RM3 bilion menjelang tahun 2020.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang mengetuai Misi Ekonomi dan Promosi Minyak Sawit ke Filipina bermula pada 18 sehingga 20 Julai 2017 lalu, berkata Malaysia akan terus bekerjasam­a dengan Jabatan Perdaganga­n dan Industri Filipina (DTI) untuk meningkatk­an eksport minyak sawit ke Filipina sebagai alternatif yang ekonomik untuk para pengguna di negara tersebut.

“Ini akan menjadikan minyak sawit sebagai minyak masak yang ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif kepada para pengguna. Manakala, para pengeluar makanan mendapat manfaat dengan menggunaka­n minyak sawit kerana mereka dapat mengekalka­n kos pengeluara­n makanan yang jauh lebih rendah,” katanya.

Filipina adalah antara pengimport minyak sawit terbesar di Asia Tenggara pada tahun 2016 dengan jumlah import sebanyak 931,000 tan di mana 65% atau 605,105 tan adalah diimport dari Malaysia.

Nilai keseluruha­n import minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia adalah RM2.28 bilion pada tahun lalu.

Filipina sedang menikmati pertumbuha­n ekonomi pesat dengan keluaran dalam negara kasar ( KDNK) direkodkan pada kadar 6.7%.

Seiring dengan pertumbuha­n pesat tersebut, keperluan minyak dan lemak Filipina dijangka tumbuh dan berpotensi meningkat melebihi 1 juta tan minyak sawit menjelang tahun 2020.

Malaysia menekankan tahap serba guna tinggi bagi minyak sawit selain keupayaan minyak itu menjadi makanan bernutrisi bagi membantu mengurangk­an kebuluran di kawasan miskin di dunia, di samping memenuhi peningkata­n permintaan dunia terhadap bahan api bio yang mesra alam sekitar.

Para pemain industri sawit Malaysia diseru untuk meneroka pelaburan di Filipina dalam bidang seperti penyediaan kemudahan pukal dan penyimpana­n, kilang pembungkus­an serta pusat pengedaran.

I n i d i h a r a p d a p a t mengurangk­an kos minyak sawit kepada para pengguna dan perniagaan tempatan sambil menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Misi ekonomi dan promosi minyak sawit turut disertai Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Ahmad Kushairi Din; Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia ( MPOC), Dato’ Lee Yeow Chor; Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Dr. Kalyana Sundram serta pegawai kanan daripada Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

Semasa misi tersebut, Mah sempat mengadakan perbincang­an dua hala bersama Setiausaha Perdaganga­n dan Industri Filipina, Ramon M. Lopez bagi menerokai serta meluaskan peluang eksport minyak sawit dan getah dari Malaysia ke Filipina.

Pada pertemuan tersebut, b e l i a u m e r a k a m k a n penghargaa­n kepada Kerajaan Filipina atas sokongan mengimport produk komoditi Malaysia terutama minyak sawit dan getah.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong mendengar penerangan berkaitan bahan tamanan sawit ketika melawat pameran TOT 2017.
DATUK Seri Mah Siew Keong mendengar penerangan berkaitan bahan tamanan sawit ketika melawat pameran TOT 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia