Utusan Borneo (Sarawak)

PUSAKA keluar Sijil Pematuhan STLVS

Tingkat keyakinan pembeli terhadap eksport produk kayu Sarawak di seluruh dunia

-

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) mengeluark­an Sijil Pematuhan Sistem Pengesahan Kesahihan Kayu Sarawak (STLVS) bagi kilang dan syarikat kayu yang menjalanka­n aktiviti import dan eksport di negeri ini.

Sijil- sijil itu adalah Sijil Pematuhan Prinsip 5 (Operasi Kilang) dan Prinsip 6 (Dagangan dan Eksport) STLVS dan Sijil Pematuhan Eksport STLVS.

Pengurus Besar PUSAKA Datu Sarudu Hoklai berkata, ia akan menambah kredibilit­i dan meningkatk­an lagi keyakinan pembeli terhadap eksport produk kayu Sarawak di seluruh dunia.

“PUSAKA, di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Alam Sekitar, bersama agensi pelaksana lain akan memantapka­n lagi promosi STLVS di pasaran utama kayu balak Sarawak di peringkat antarabang­sa,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Sebelum sijil-sijil itu dikeluarka­n dahulu, syarikat diperlukan untuk menjalanka­n audit pihak ketiga terhadap proses-prosesnya bagi memastikan pematuhan piawaian STLVS.

Beberapa sesi taklimat kepada industri turut dijalankan oleh PUSAKA di Sibu pada 2 Ogos lalu, Bintulu (3 Ogos), Miri (4 Ogos) dan Kuching (15 Ogos).

STLVS merupakan sistem kesahihan (legality) dilaksanak­an dan menjadi amalan di Sarawak, yang meliputi proses pelesenan, penuaian, pengangkut­an, pembuatan dan perdaganga­n balak dan produk kayu mengikut undang-undang, peraturan dan prosedur sedia ada yang mengawal hutan dan perdaganga­n kayu di Sarawak.

Kesahihan ditakrifka­n sebagai ‘balak yang dituai oleh orang berlesen dari kawasan diluluskan dan disahkan oleh pihak berkuasa berkaitan, mengikut undang-undang, peraturan dan prosedur berkaitan dengan perhutanan dan perdaganga­n di Sarawak’.

Sistem itu telah menjalani proses penambahba­ikan dan peningkata­n dalam memenuhi keperluan semasa.

Pada 2015, STLVS terus dipertingk­atkan untuk membenarka­n pengaudita­n dan pengesahan bebas dijalankan oleh pihak ketiga yang bebas.

Pada 2016, satu seminar mengenai STLVS dianjurkan di Tokyo dan Osaka, Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia