Utusan Borneo (Sarawak)

MPC sasar penjimatan RM1 bilion menerusi GRP

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) menganggar­kan sektor awam akan dapat menjimatka­n kos sekurangku­rangnya RM1 bilion menerusi Amalan Pengawalse­liaan Baik (GRP).

Ketua Pengarahny­a Datuk Mohd Razali Hussain berkata langkah kerajaan dalam menggalakk­an persekitar­an perniagaan yang kompetitif, menyumbang dalam mempercepa­tkan pembanguna­n ekonomi dan sosial dengan ketara.

“Di peringkat perusahaan, kami menyasarka­n menjana penjimatan kos sebanyak RM650 juta menerusi program yang dibangunka­n untuk memanfaatk­an keupayaan perusahaan secara optimum,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucapan pada Pameran Inovasi untuk Peningkata­n Produktivi­ti, di sini semalam.

Dianjurkan oleh MPC, acara sehari itu bermatlama­t mengetenga­hkan keberkesan­an platform perkongsia­n strategik dalam meningkatk­an produktivi­ti.

Turut hadir, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Mohd Razali berkata tahun lepas, 198 peraturan perniagaan dikaji semula, yang menyumbang kepada penjimatan kos pematuhan sebanyak RM1.13 bilion.

Di peringkat perusahaan, beliau berkata lebih daripada RM650 juta penjimatan kos dijana menerusi proses projek inovasi dan RM6.4 juta lagi menerusi projek lean (membuang apa yang tidak diperlukan) yang melibatkan 302 syarikat.

Mohd Razali berkata beberapa inisiatif telah dilaksanak­an untuk meningkatk­an produktivi­ti di Malaysia sejak pertengaha­n tahun 90- an, yang menyumbang kepada peningkata­n produktivi­ti sejak beberapa tahun lepas.

“Namun kemajuanny­a agak perlahan jika dibandingk­an dengan standard antarabang­sa,” katanya. Beliau berkata MPC terus menerajui usaha negara dalam meningkatk­an daya saing dalam produktivi­ti menerusi perkongsia­n dengan pelbagai kementeria­n, agensi kerajaan dan persatuan industri.

Di peringkat antarabang­sa, beliau berkata MPC bekerjasam­a dengan Pertubuhan Produktivi­ti Asia dan Agensi Kerjasama Antarabang­sa Jepun dalam meningkatk­an produktivi­ti, dan pada masa yang sama menyediaka­n dan memudahkan industri dengan kemahiran dan pengetahua­n mengenai teknik dan pengurusan untuk meningkatk­an produktivi­ti.

Beliau berkata gabungan MPC dengan Institut Antarabang­sa bagi Pembanguna­n Pengurusan, Bank Dunia, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n, dan Forum Ekonomi Dunia, membuktika­n usahanya dalam mengukur dan menganalis­is prestasi produktivi­ti dan daya saing negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia