Utusan Borneo (Sarawak)

PR1MA lonjakkan nilai hartanah rizab Melayu sehingga 10 kali ganda

-

PUTRAJAYA: Nilai hartanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dibina di atas tanah rizab Melayu kini meningkat sehingga 10 kali ganda, kata Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Dengan Rakan Bumiputera PR1MA di sini kelmarin, beliau berkata lonjakan nilai hartanah itu membabitka­n 61 projek PR1MA dengan pembinaan 53,062 unit rumah di atas tanah rizab Melayu di seluruh negara.

“Sebelum ini nilai tanah tersebut dianggarka­n sekitar RM1.2 billion dan kini dengan adanya projek-projek kami, nilai hartanah ini (nilai tanah dan pembanguna­n di atasnya) telah meningkat lebih 10 kali ganda kepada RM13 bilion,” katanya.

Abdul Mutalib berkata terdapat banyak lagi tanah rizab Melayu di lokasi strategik di seluruh negara.

“Kami berharap PR1MA akan diberi peluang untuk membangunk­an tanah-tanah ini, bukan hanya untuk meningkatk­an nilainya, bahkan untuk mewujud dan merangsang­kan aktiviti ekonomi dan seterusnya menyumbang ke- pada memperkasa­kan agenda Bumiputera,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n Perbadanan PR1MA Malaysia telah memberikan kontrak bernilai lebih RM15 bilion kepada 574 firma Bumiputera untuk pelbagai jenis kerja pembinaan, perundinga­n dan perkhidmat­an sokongan lain bagi projeknya di seluruh negara.

Abdul Mutalib berkata melalui Program Pembanguna­n Vendor (VDP), PR1MA komited terhadap usaha menyediaka­n peluang sama rata kepada firma Bumiputera supaya boleh berkembang dalam sektor hartanah dan pembinaan tempatan, sekali gus menyumbang kepada agenda memperkasa Bumiputera.

Untuk kerja-kerja berkaitan pembinaan sahaja, PR1MA setakat ini memberi kontrak bernilai lebih RM22.4 bilion kepada rakan perniagaan­nya yang terdiri daripada pemaju, kontraktor dan vendor, katanya.

“Bahagian Bumiputera untuk kerja-kerja pembinaan sahaja, setakat ini membentuk 62 peratus atau RM12 bilion daripada nilai kontrak yang diluluskan oleh PRIMA,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia