Utusan Borneo (Sarawak)

My Home Essential anjur promosi Merdeka 15 hari

-

MIRI: Sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n bakal menjelang tiba, premis mengkhusus produk dapur dan bilik mandi My Home Essential Sdn Bhd kini sedang mengadakan promosi istimewa bermula semalam (17 Ogos) hingga 31 Ogos 2017.

Produk utamanya ialah dapur memasak, penyedut asap dan ketuhar dari jenama IKA di mana para pelanggan boleh memperoleh harga istimewa menerusi pakej-pakej kombonya.

Umpamanya, dalam pakej kombo yang terdiri dari dapur mamasak dan penyedut asap aliran tinggi, ia dijual pada hanya RM2,388 termasuk pemasangan.

Selain itu, pelanggan membeli pakej kombo tersebut akan layak untuk hadiah percuma khas yang terdiri daripada hos penyedut asap, tudung penutup hos luar rumah dan set alat memasak dari IKA.

Terdapat juga pakej kombo berharga RM1,988 di mana ia merupakan yang termurah di Miri.

Sebagai jaminan kualiti, syarikat ini menawarkan jaminan 10 tahun pada motor penyedut asap, lima tahun jaminan pada bahagian-bahagian lain dan jaminan satu tahun untuk dapur memasak.

Selain barangan dapur, My Home Essential juga mempamerka­n pelbagai produk bilik mandi dan aksesori seperti kepala pancuran, cermin bilik mandi, mangkuk tandas, rak kaca bilik mandi, rak tuala keluli tahan karat, penyidai pakaian dan lain-lain di mana sepanjang tempah promosi ini, diskaun sehingga 50 peratus akan ditawarkan.

Syarikat ini juga sedang menwarkan penapis air luar rumah jenama Kawa yang dilengkapi dengan pam air dijual pada hanya RM1,788 termasuk dengan pemasangan percuma.

Sila kunjungi premis My Home Essential di Lot 10172, Pujut 7, Bandar Baru Permy Jaya, di sini atau hubungi 085410691 atau 016-8505252. Ia dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 7.30 malam.

 ??  ?? BERKUALITI: Produk dapur berkualiti dari IKA di My Home Essential.
BERKUALITI: Produk dapur berkualiti dari IKA di My Home Essential.
 ??  ?? TAPIS: Penapis air luar rumah jenama Kawa.
TAPIS: Penapis air luar rumah jenama Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia