Utusan Borneo (Sarawak)

Fajarbaru sasar kontrak penyelengg­araan ECRL

-

KUALA LIPIS: Fajarbaru Builder Group Bhd, sebuah syarikat pembinaan tempatan, menyasarka­n untuk memperoleh kerja-kerja penyelengg­araan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur sepanjang 688 km, yang akan menghubung­kan Pahang, Terengganu dan Kelantan, di pantai timur, ke Lembah Klang.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Eric Kuan Khian Leng berkata terdapat potensi besar dalam kontrak penyelengg­araan hasil daripada perbelanja­an besar berkaitan projek kereta api berkenaan.

Kini terdapat lebih 2,200 km landasan kereta api di negara ini, dengan lebih 80 peratus didominasi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

“Memandangk­an sejumlah RM50 bilion yang dibelanjak­an untuk projek infrastruk­tur berkaitan kereta api sejak lima tahun lepas, Malaysia dijangka membelanja­kan sekurang-kurangnya RM80 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kami berharap kedua-dua KTMB dan Fajarbaru dapat memanfaatk­an kepakaran dan kecekapan sinergi masing-masing bagi menyelengg­ara rangkaian kereta api dengan baik,” kata Kuan pada majlis penyerahan jentera kerja bernilai RM50 juta kepada Fajarbaru oleh pem- bekal Chinanya, China Jiangsu KTK Locomotive & Rolling Stock Co Ltd, dan Gemac Engineerin­g Machinery Co. Ltd. Shunting, di sini semalam.

Penyerahan itu disaksikan oleh Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pada majlis pecah tanah ECRL pada 9 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatka­n pelaksanaa­n rangkaian kereta api itu sebagai pencetus perubahan dan pemikiran minda bagi Malaysia memandangk­an ia akan mengurangk­an masa perjalanan dari dan ke Pantai Timur Semenanjun­g.

Perjalanan kereta api dari Terminal Pengangkut­an Bersepadu di Gombak, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan dijangka kurang dari empat jam berbanding purata lapan jam dan sehingga 12 jam atau lebih.

Dengan kos RM55 bilion, ECRL akan dibangunka­n oleh syarikat China, China Communicat­ions Constructi­on Company Ltd.

Kuan juga berkata menerusi penggunaan jentera baharu dengan jangka hayat penggunaan sekurang-kurangnya 20 tahun, syarikat itu akan dapat mengembang­kan perniagaan- nya kepada sektor penyelengg­araan pembinaan.

“Ini menandakan permulaan transforma­si dan pembanguna­n lanjut bagi syarikat dalam perniagaan kereta api dan memberikan kita kelebihan daya saing yang signifikan dalam membida kerja-kerja pembinaan dan penyelengg­araan baharu untuk projek berkaitan kereta api pada masa akan datang,” katanya.

Antara jentera yang diterima ialah gerabak balast, gerabak rata, kren, mesin pembersiha­n balast, pengatur balast dan suis ‘tamper’. mesin yang akan digunakan untuk pembinaan stesen kereta api Jerantut, Pahang dan Gua Musang di Kelantan.

Pada 5 Mei 2016, Fajarbaru memperoleh kontrak RM259.7 juta daripada Kementeria­n Pengangkut­an bagi membaik pulih stesen kereta api berkenaan yang dijangkaka­n siap dalam tempoh 36 bulan atau pada Jun 2019.

Selain ECRL, Kuan berkata Fajarbaru juga meninjau peluang projek pembinaan Light Rail Transit 3 (LRT3) dengan laluan sepanjang 37 km oleh Prasarana Malaysia Bhd.

“Pembidaan untuk projek (LRT3) sangat kompetitif, namun kami yakin memperoleh peluang yang baik, berdasarka­n kedudukan dan rekod kami yang kukuh.

“Setakat ini kami sudah memasuki lima tender cadangan kepada Prasarana untuk projek berkenaan,” kata Kuan.

LRT3 dari Bandar Utama ke Johan Setia di Klang disasarkan memulakan operasi pada Ogos 2020.

Sementara itu, Kuan berkata syarikat itu tidak merancang untuk mengumpul dana pada masa ini bagi membiayai projek terbabit, kecuali ada peluang untuk memperoleh kawasan yang besar.

Selain pembinaan, Fajarbaru turut terlibat dalam pembanguna­n hartanah, pembalakan dan perniagaan kayu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NAIK TARAF: Liow melihat mesin-mesin kerja trek selepas menyempurn­akan serah milik mesin tersebut kepada Fajarbaru Builder Group Berhad bagi menaik taraf landasan kereta api Jerantut-Gua Musang di tapak Pejabat Keretapi Tanah Melayu (KTM) Padang...
— Gambar Bernama NAIK TARAF: Liow melihat mesin-mesin kerja trek selepas menyempurn­akan serah milik mesin tersebut kepada Fajarbaru Builder Group Berhad bagi menaik taraf landasan kereta api Jerantut-Gua Musang di tapak Pejabat Keretapi Tanah Melayu (KTM) Padang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia