Utusan Borneo (Sarawak)

Platform perkongsia­n strategik NOPC manfaat 1,057 PKS: Mustapa

Kejayaan 4 platform dikendalik­an NOPC bukti syarikat M’sia lebih produktif

-

KUALA LUMPUR: Platform perkongsia­n strategik Majlis Pemantauan Produktivi­ti Kebangsaan (NOPC) melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM196.8 juta sejak 2015 telah memberi manfaat kepada 1,057 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata empat platform itu yang dilaksanak­an oleh NOPC ialah Rangkaian Penyelidik­an Awam-Swasta (PPRN), Program SIRIMFraun­hofer, Yayasan Steinbeis Malaysia dan PlaTCOM Ventures yang menyediaka­n bantuan kepada PKS daripada penyelidik­an hingga kepada pengkomers­ilan.

“Kejayaan di bawah empat platform perkongsia­n strategik ini merupakan bukti syarikat Malaysia telah bersedia dan boleh mengubah diri mereka sendiri dan menjadi lebih produktif dan kompetitif,” katanya dalam ucaptama beliau pada Pameran Inovasi bagi Peningkata­n Produktivi­ti, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Mustapa berkata memandangk­an produktivi­ti penting bagi Malaysia untuk mencapai pertumbuha­n mampan dalam fasa pembanguna­n ekonomi seterusnya, usaha padu daripada semua pemegang kepentinga­n diperlukan untuk mentransfo­rmasikan dengan jayanya industri negara bagi mencapai pertumbuha­n tersebut.

“Semangat inovasi dan transforma­si yang sama ini perlu dihidupkan dan diserapkan ke dalam semua segmen dan sektor ekonomi kita,” katanya.

Pada taklimat sebelumnya, Timbalan Ketua Pengarah Majlis Produktivi­ti Malaysia ( MPC) Ab Rahim Yusoff berkata PPRN ialah satu inisiatif yang bertujuan merapatkan jurang pengetahua­n teknologi, meningkatk­an produktivi­ti dan mengukuhka­n pembanguna­n ekonomi Malaysia menerusi program inovasi dan pengkomers­ilan.

Beliau berkata skop projek di bawah insiatif itu adalah inovasi produk yang bertujuan menambah baik atau menokok nilai produk sedia ada syarikat kepada keperluan pasaran dan inovasi proses yang melaksanak­an proses pengeluara­n baharu atau yang ditambah baik, komponen penyumbera­n, gudang, logistik dan kaedah penyediaan perkhidmat­an.

Platform lain, Program SIRIM-Fraunhoffe­r, merupakan inisiatif audit teknologi dengan matlamat meningkatk­an produktivi­ti PKS menerusi penerokaan dan penaikan taraf teknologi.

“Audit memberikan kefahaman kepada syarikat individu mengenai pelbagai kekuatan dan kelemahan mereka, serta potensi untuk menambah baik.

“Oleh itu, ia membantu mereka bergerak ke hadapan dalam membentuk pelan tindakan bersasar yang boleh membantu mereka meningkatk­an produktivi­ti dan keupayaan pengurusan teknologi mereka yang seterusnya meningkatk­an rantaian nilai,” kata Ab Rahim.

Beliau juga berkata Yayasan Steinbeis Malaysia, sebaliknya, bertujuan menghubung­kan ahli akademik kepada industri dan menggalakk­an kerjasama yang efektif dan efisien dalam pindahan pengetahua­n dan teknologi.

“Ia menyediaka­n platform inovatif bagi kerjasama dalam penyelesai­an perniagaan dan menumpukan kepada pembanguna­n produk akhir,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata PlaTCOM Ventures merupakan platform pengkomers­ilan teknologi kebangsaan.

Ia menyediaka­n perkhidmat­an pemudahan menyeluruh daripada konsep kepada pengkomers­ilan inovasi, termasuk akses kepada pembiayaan, prasarana, pengujian, pengesahan, persijilan kawal selia, risikan pasaran, pakar teknikal dan khidmat nasihat pengkomers­ilan, katanya.

Ditubuhkan pada 2015, peranan NOPC adalah untuk memantau impak ke atas prestasi produktivi­ti program intervensi yang dilaksanak­an oleh empat platform inovasi stratetgik itu.

Majlis itu melibatkan lima kementeria­n dan 14 agensi kerajaan dan melapor secara terus kepada Majlis Pembanguna­n PKS Kebangsaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia